“Tak Boleh Terima Amy Meninggal,” – Tak Puas Hati Watak Mati, Peminat Respon Di Ruang Komen Instagram Siti Saleha

Share

Bagi penonton drama rantaian Scammer yang kini bersiaran menerusi slot Mega Drama Astro, pasti sinonim dengan watak Amy yang dilakonkan pelakon Siti Saleha.

Lakonan mantap Siti Saleha sebagai seorang ‘scammer’ nyata membuatkan ramai yang terkesan dengan watak yang dibawa meski dia terpalit dengan jenayah penggubahan wang haram.

Bagaimanapun, Scammer yang baru sahaja memasuki episod awal telah ‘matikan’ watak Amy dan ia membuatkan ada penonton yang tak puas hati kerana Amy disiafatkan mati terlalu cepat.

Luahan tersebut dikongsikan peminat menerusi pautan posting babak Amy yang dimuat naik Siti Saleha di Instagram.

Berikut antara respon yang ditinggalkan peminat;

“Gila tak sedih. I suka sangat dengan watak Amy ni,” tulis seorang peminat.

“Kenapa Amy yang mati? No mode strong & smart #ladyinred scammer. Amylah satu-satunya scammer dalam cerita ni yang paling baik hati. Banyak dia tolong Joe & Fawas walaupun kena betrayed dengan partner sendiri,” kongsi peminat memberikan pendapat.

“Tak leh terima Amy meninggal, takde mood nak tengok,” luah peminat lain.

“Kenapa Amy mati Amy… Kita suka sangat watak Amy dalam ni. Cantik, cerdik, berdikari. You are wow,” tulis seorang peminat.

“Why Amy Mati?,” tanya peminat.

“Senang je nak hidupkan Amy balik. Tiba-tiba Joe terjaga. Mimpi rupanya. Atau Fawaz  mengangkat kepalanya Amy,” seorang peminat beri pendapat.

Drama Scammer terbitan Radius One Sdn Bhd yang diarahkan oleh Norhanisham Muhammad atau Labu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Fasha Sandha, Kamal Adli, Jay Iswazie, Didie Alias, Hasnul Rahmat, Chew Kin Wah dan ramai lagi.

Scammer yang mula ditayangkan pada 24 Mei lalu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.

Foto: Instagram Siti Saleha

IKLAN