“Tak Boleh Sembunyi Dah, Badan Saya Pun Agak Berisi,” – Dah ‘Pecah Lubang’, Stacy Umum Kini Hamil 4 Bulan

Share

Penyanyi, Stacy Anam menzahirkan rasa syukur selepas mengumumkan dirinya kini sedang hamil empat bulan.

Khabar gembira itu akhirnya ‘terbongkar’ selepas Stacy menjawab persoalan daripada pengacara, Elly Mazlein secara eksklusif sewaktu menjadi tetamu undangan di program, Meletop pada Selasa.

Menurut Stacy, perkara ini sebenarnya sudah tidak dapat dirahsiakan lagi memandangkan bentuk badannya juga kini telah berubah dengan agak ketara.

“Rasanya perkara ini dah tak boleh tutup lagi dah. Dah pecah lobang rasanya. Memang iya saya hamil sekarang alhamdulillah.

“Usia kandungan saya dah masuk empat bulan. Memang tak boleh sembunyi dah. Badan saya pun dah agak besar,” kongsinya.

Jawapan yang diberikan isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad itu sekaligus merungkai tanda tanya di hati para peminat yang berteka teki mengenai kehamilan penyanyi kesayangan mereka itu.

Katanya lagi, dia juga sebenarnya tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan kehamilannya itu sebaliknya, dia dan suami hanya menantikan detik yang sesuai untuk berkongsi berita gembira itu.

Klip tersebut turut dikongsikan menerusi di laman Youtube Meletop.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Stacy.

“Salam dari Sabah. Tahniah Stacy dann Akim. Alhamdulillah bertambah anak lagi. Semoga Stacy dann baby yang dikandung sentiasa sihat-sihat selalu dan semoga dipermudahkan segala urusan semuanya. Aamiin.

“Laaaaa..patutla nampak Stacy lain haritu. Alhamdulillah, tahniah Stacy dan Akim. Nak jadi kakak dah eshaal.

“Alhamdulillah congrats queen.

“Waaa tahniah Stacy. Rezeki anak betul kamurang menang AJL36. Semoga dipermudahkan segalanya.

“Dari dulu lagi suka betul bile dgr stacy bercakap..tahniah @stacyanam dan @akimahmad semoga segala urusan kalian dipermudah Allah SWT,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Stacy mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu pada 5 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan inidikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal Afiq Hakim yang kini berusia lima tahun.

Stacy sebelum itu telah mengambil seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia sembilan tahun.

Dalam perkembangan lain, Stacy baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Duit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Stacy & YouTube Meletop

IKLAN