Pelakon, Azrel Ismail kini sedang melakukan pengambaran untuk sebuah drama di luar negara. Pengambaran tersebut dijalankan di Scotland, United Kingdom.
Baru-baru ini Azrel telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya yang berserta kapsyen ;
“Aikssss tak boleh nak gerak dah kepala i niiiieeee sebab ternampak awex2 Scottish niiii”
“Ermmmmmm di dalam dilema sekarang, tooolong tulunnnnn help halppppp”
Pelakon, Nora Danish sangat akrab dengan ibu mertuanya, Datin Seri Norita Datuk Sujak.
Dalam masa sama, Nora dan ahli keluarganya telah meraikan ulang tahun kelahiran ibu mertuanya itu yang ke-64 tahun.
Momen indah tersebut turut dikongsikan pelakon filem Suamiku Jatuh Dari Langit itu di Instagrammya beserta ucapan khas buat ibu mertuanya itu.
“Ma, terima kasih sebab jadi diri Ma, sebab berkongsi sayang Ma dengan Nora, kerana tunjukkan sayang tu sesuatu yang Ma lakukan bukan untuk dilafazkan tetapi juga untuk ditunjukkan, tulis Nora.
Nora juga memuji karakter ibu mertuanya itu.
“Ma adalah salah seorang wanita yang terkuat yang Nora pernah kenal. Pandai, positif, tabah, seorang yang mengambil berat, rendah diri, kuat dan lemah lembut percakapannya sampai kadang-kadang Nora tak dengar Ma cakap apa…
“Nora ingat pertama kali Nora jumpa Ma, Nora rasa suara Nora dah lembut, tapi Nora kena perlahankan lagi, kepit lagi sampai tak terkeluar suara nak berbual dengan Ma,” tambah Nora lagi.
“On this very special day of yours Ma, Nora wish u a pretty face to always be lit by a smile and ur pire heart to always overflow with joy & happiness..
“You’re not alone Ma. U hv all of us that will always take care of u.. Happy 64th birthday my mother in law a.k.a the sweetest Oma,”
Selain itu,Nora juga ada berkongsi gambar sempena meraikan ulangtahun kelahiran ibu mertuanya itu di sekitar Kuala Lumpur.
Sudah sembilan hari penyanyi Nourul Depp menzirahi ibu dan bapa mertuanya di Perancis, kini tiba masanya untuk mereka pulang ke tanah air.
Lantas, penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah berkongsi sepotong video yang memaparkan aksi ibu dan bapa mertuanya yang sedang berlari anak sambil melambai dua orang cucu kesayangannya itu.
“Nah saja kupas bawang lagi hari ni…. rindu pulak kat ibu dan Bapak mertua ku.
“Part last tu kami dah terdiam sebba nangis dah,” tulis Nourul.
Susulan itu, netizen turut berasa sebak melihat aksi bapa mertua Nourul seolah-olah berat untuk meninggalkan cucunya itu.
Untuk rekod, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada Jun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp,5 tahun, Raphel Depp,3 tahun dan Ayu Nazirah, 20 tahun (hasil perkahwinan terdahulu).
Nourul ketika ini sedang sarat hamil anak keempat dan sudah memberikan nama pada kandungannya itu, Isabella Depp.
Video: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Norman Hakim yang kini sedang sibuk kembali melakukan pengambaran untuk drama Gerak Khas musim terbaru.
Baru-baru ini, Norman telah memuat naik gambar beliau bersama dengan anaknya di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen ;
“30 minit yang sangat BERHARGA!! Visiting program sekolah @marissadaniaaaaa_ sekali dgn jenguk @danish.edry kat kolej dia in between my shooting’s dinner break. Minggu lepas abah,mama semua dah terjah dah,papa mummy tak available time tu”
“Dahlah boleh visit sebulan sekali je dalam salah satu Khamis malam Jumaat, kebetulan jatuh pada hari ni & kebetulan papa still on #GerakKhas shooting set. So mmg terpaksalah terjah kejap dgn uniform sbb masa sgt singkat nak salin2 baju”
“Alhamdulillah mission accomplished & already back to the shooting set. Thx again Allah s.w.t for the bless & the moment,” tulisnya.
A post shared by Backup Acc (@marissadaniaaaaa_) on
Memang ternyata anak Norman yang bernama Marissa Dania ini sangat cantik dan jelita.
Untuk rekod, selain mempunyai cahaya mata bersama isterinya, Memey, bekas finalis Hero Remaja itu juga turut dikurniakan 3 orang anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi.
Foto : Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...