“Tak Boleh Diterima Akal,”- Isu Anak Tudung ‘Pampers’, PU Amin Kini Bersuara!

Share

Semalam, seorang pelakon telah melakukan suatu pembaharuan dalam pemakaian anak tudung terbaru dengan menggunakan lampin pakai buang (pampers).

Difahamkan, ia bagi membantu untuk memberi kelembapan kulit kepala dan mengelakkan bau rambut.

Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Pencetus Ummah (PU) Amin untuk ‘bersuara’ mengenai isu tersebut.

“Tudung adalah sesuatu yang mulia dalam Islam . Menjelmakan tudung dari lampin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal . Walaupun ia sebagai bahan lawak jenaka , namun saya sedih ada ibu ibu sanggup pakaikan anak anak mereka dengan lampin di kepala semata mata menjadikan ia sebagai bahan lawak juga..

“Bila kita cakap nanti kata kita nak tumpang populariti . Tak tegur besar kesan nya pada generasi akan datang . Mengeluh panjang melihat sesuatu seperti ini di lakukan,” tulisnya. 

Jelas Amin, tudung merupakan mahkota berharga bagi kaum wanita dan tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu (pemakaian pampers sebagai anak tudung).

“Lampin adalah tempat buang najis , namun dijadikan bahan untuk digantikan di kepala walaupun ia hanya sindiran dan bahan lawak , ini tidak kena dengan akhlak islam..

“Semoga kita membesar dengan ilmu yang baik . Tidak zalim dengan diri kita . Esok esok seluar dalam , baju dalam , objek objek pelik juga boleh dijelmakan sebagai tudung yang mulia di atas kepala..

Tambah Amin, dia berasa kesal dengan sesetengah tindakan ibu bapa yang sanggup ‘menyahut’ cabaran pelakon itu dan memakaikannya untuk anak-anak mereka.

“Maafkan saya, kepada ibu ibu hentikan memakaikan lampin di atas kepala anak anak anda yang mulia . Hormatilah kepala tempat sujud . Hortmatilah kepala tempat istimewa..

“Kita tak selesa kalau kepala jadi bahan mainan , ditunjal , ditolak , tapi bagaimana boleh tempat buang najis boleh disarung di kepala ? Allahu aneh..

“Maafkan saya kerana berkata kata,” akhiri Amin. 

Bagaimanapun, Amin telah menutup ruangan komen tersebut.

Foto : Instagram PU Amin

IKLAN