“Tak Baik Tau Tuduh Joy Letak Silikon Kat Hidung. Haram sis!,”- Joy Revfa Kongsi Tips Bagi Hidung Nampak Mancung

Share

Usahawan kosmetik, Joy Revfa ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial miliknya.

Menerusi entri tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini ada berkongsi tips untuk membeli ilusi lebih mancung pada hidung.

“Tak baik tau tuduh joy letak silikon kt hidung… Haram sis! Kalau ubah ciptaan Allah swt..Hidung tajam ni mmg acuan dari arwah ayah dulu, takde tambah2 dgn silikon/filler pun

“Ibu larang keras kalau joy suntik2 atau tambah2 kt muka.. Sebab takut muka jadi pelik nmpk mcm sepesen je So takpe, jgn risau.. joy ada 5 petua kalau kawan2 nk nampak hidung lebih mancung secara semulajadi.. Petua nya adalah :

“URUT HIDUNG

1. Setiap hari kena rajin urut hidung. Caranya adalah dengan mengurut menggunakan jari dan menolak posisi hidung ke bahagian atas. Biasanya waktu joy tgh cuci muka tu paling best nak urut hidung. Buat 10x setiap hari k…! .

“MENCUBIT HIDUNG

2. Mencubit hidung secara lembut dan dilakukan berterusan setiap hari. Caranya adalah dengan memegang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian tahan dalam masa 4 hingga 5 minit supaya hidung nmpk mancung

“TEKNIK MAKEUP

3. Joy paling suka teknik contour hidung setiap kali keluar rumah. Simple je hanya bentukkan hidung dengan produk kosmetik yg jenis :

– contour cream .

– contour stick .

– contour powder .

– eyeshadow .

– pencil kening pun boleh! .

“Cara nk bentuk tu make sure pakai blending brush / sponge & bentukkan hidung seperti bentuk V. Jangan lupa, letakkan highlighter pd batang hidung & hujung hidung (sure nmpk tajam!)

“PAKAI NOSE-UP CLIPPER

4. Joy tak pernah pakai nose-up clipper ni tapi ramai yg kata menjadi..! So kawan2 boleh la cari kat mana jual nose-up clipper ni. Tapi make sure cuolls beli yg asli dan mengikut panduan penggunaan seperti yang dipaparkan pada produk tersebut. Sebab takut kalau produk tiruan dikhuatiri boleh mendatangkan kesan sampingan pada masa akan dtg. .

“SENAMAN WAJAH

5. Ramai yg share petua senaman wajah ni. Cuba lepas ni rajin senaman wajah, bukan je boleh mancungkan hidung tapi juga boleh runcingkan pipi & hilangkan double chin. Caranya, cuba senyum lebar dan satukan gigi atas dan bawah dengan rapat. Tahan senyum ketap gigi ini selama 15-20 minit. Setelah itu kendorkan otot pipi.

“Cara ini akan membantumu mengecilkan otot pipi agar terlihat wajah lebih tirus dan hidung lebih mancung. .So selamat mencuba ladiesss..!,” tulisnya.

Lantas, perkongsian Joy telah menjadi perhatian peminat.

Di samping itu, peminat memuji wajah Joy yang sentiasa kelihatan cantik dan ayu. 

 

Foto : Instagram Joy Revfa

IKLAN