Persembahan Wany Hasrita menerusi lagu Menahan Rindu pada malam final Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) lalu nyata menjadi percubaan terbaik buat bintang ini untuk terus memberikan yang terbaik dalam kerjaya muziknya.

Meski rezeki tidak berpihak padanya, namun usaha dan kredibiliti penyanyi ini tidak boleh dipandang sepi. Malah single terbaru Wany yang berjudul Rintihan Rindu turut mendapat perhatian yang bukan calang-calang.

Sehingga kini, muzik video lagu tersebut sudah pun ditonton hampir 9 juta kali sejak ia dimuat naik sejak Oktober tahun lalu.

IKLAN

Melihat kepada perkembangan kerjaya seninya yang kian sukses, MH turut bertanya pada penyanyi berusia 25 tahun ini, sampai bila mahu hidup solo tanpa berteman. Lalu persoalan tersebut dijawab relak Wany. Katanya;

IKLAN

“Tak ada yang betul-betul serious pergi jumpa Ibu, cakap nak kawan dengan saya. Kalau ada, sudah tentu saya pun akan lakukan benda sama dan kenalkan pada Ibu. Kalau ada, dia bukan berkahwin dengan saya saya, tapi perlu sayang keluarga saya juga. Lebih-lebih lagi Ibu saya merupakan ibu tunggal. Jadi kalau kahwin, memang ibu akan duduk dengan saya. Jadi kena cari yang lelaki benar-benar tidak kisah dengan hal tersebut,” kongsi Wany kepada MH.

Bagaimanapun, Wany mengakui sudah pun berbincang dengan ibu dan lebih baik andai dia memberi fokus terhadap seni berbanding soal lain.

IKLAN

“Ibu pun ada cakap, lebih baik fokus pada nyanyian terlebih dulu. Kerjaya pun baru nak naik dan saya masih lagi muda. Jadi rasanya fokus dan komitmen hanyalah pada kerjaya dulu,” katanya jujur.

Terdahulu, persembahan Menahan Rindu di AJL32 lalu turut mencuit perhatian ramai ketika sesi intro lagu berkenaan menyaksikan Wany berlakon babak cinta bersama pendatang baru, Syazuwan Hassan. So sweetkan!?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI