Berita

“Tak Ada Perkataan Cerai Atau Talak, Tak Wujud,” – Azlan Komeng Ulas Terperinci, Lerai Kekeliruan Status Dengan Nur Nilam Ortiz

Share

Pelakon Azlan Komeng memberikan gambaran sebenar sekaligus menjelaskan sebenarnya tidak timbul isu melafazkan cerai terhadap isterinya, Nur Nilam Ortiz susulan ia hanyalah salah faham membabitkan hal perniagaan.

Menurut Azlan yang sinonim dengan naskhah aksi itu, isterinya juga berketurunan Siam dan Sepanyol menyebabkan dia kurang faham mengenai maksud Bahasa Melayu ‘pasar’.

“Saya tak mahu ceritakan secara terperinci sebab apa ia akan berlarutan. Kalau kisah yang disebutkan perceraian itu, sebenarnya begini. Ramai yang tidak tahu bahawa isteri saya bukan berketurunan Melayu.

“Dia kacukan Siam di sebelah ibunya dan Sepanyol di sebelah bapanya dan dia belajar Bahasa Melayu mengikut bahasa buku atau formal. Bila bahasa yang tak formal ni, dia selalu salah faham.

IKLAN