“Tak Ada Niat Nak Paksa Orang Ikut Apa Saya Buat,” – Soal Resepi Memasak Jadi Perhatian, Ini Reaksi Datin Alyah

Share

Seperti sedia maklum, penyanyi Datin Alyah gemar berkongsi video masakan di akaun Instagram miliknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara.

Menerusi entri terkini Alyah di laman media sosial berkenaan, penyanyi berusia 39 tahun ini memaklumkan terdapat segelintir netizen yang ‘bergaduh’ mengenai soal resepi masakan di ruangan komen.

Lalu, Alyah mengharapkan netizen untuk tidak berbuat demikian antara satu sama lain dan lebih bersikap terbuka.

“Ingat ya ini cara saya…Saya buat video ni tak ada niat nak paksa orng ikut apa saya buat cuma nak berkongsi resepi mungkin ada yg buntu nak masak apa hari ini.

“Jadi terimala seadanya klu tak nak ikut tak apa bole buat cuci cuci mata sempena pkp ni k…kiss skit,” tulisnya.

Penyanyi lagu Jutaan Purnama ini turut menjelaskan cara memasak bagi setiap orang itu berbeza, terpulang kepada diri masing-masing.

Video: Instagram Alyah

IKLAN