“Tak Ada Niat Memperlekehkan Sesiapa,” – Gara-Gara ‘How Old Are You’, Maya Karin Dikritik, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan

Share

Tular di laman Twitter apabila aktres dan aktivis alam, Maya Karin melayang sebuah status mengenai perbualannya dengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Terengganu.

Menerusi tweet tersebut, Maya menggambarkan kanak-kanak tersebut dilihat kurang berkeyakinan untuk membalas persoalan yang diajukan dalam Bahasa Inggeris.

“I asked a little girl yesterday at my library talk in Terengganu. “How old are you?” *senyap.

“How old are you?” *senyap again. So I changed it to “Adik umur berapa tahun?” Terus jawab “10tahun”

“Think about it. @fromKMR @niknazmi @maszlee,” tulisnya.

Lalu, netizen bagaimanapun memberikan pelbagai reaksi. Malah ada yang seperti tidak bersetuju dengan pendapat pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini.

Terkini, Maya ada menjelaskan status tersebut bukan untuk memperlekeh sesiapa, sebaliknya ia lebih kepada untuk melihat mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar.

Malah, bintang cantik ini juga tidak fokus terhadap sesebuah negeri semata, sebaliknya ia secara kebetulan berbicara di institusi pengajian di negera tersebut.

Salam..  1) Saya tak ada niat memperlekehkan sesiapa 2) Saya bukan focus pada orang Terengganu, kebetulan saya berbicara di University di Terengganu. Fokus saya adalah mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar muda kita,”

tulisnya menjelaskan situasi.

Foto : Twitter Maya Karin

IKLAN