“Tak Ada Misai 10 Tahun Lagi Muda,”- Nora Danish Puji Suami Bila ‘Shave’, Buang Licin Misai!

Share

Pelakon Nora Danish ada memuat naik beberapa keping foto mereka sekeluarga di akaun Instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif turut memuat naik foto suaminya, Nedim Nazri.

Kongsi pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Puteri itu, dia mengakui wajah si suami tampak lebih muda bila ‘polos’ daripada misai dan janggut.

“Dia takda misai 10 tahun lagi muda la….. Amboi amboi amboi !!! #nenostory,” tulisnya ringkas.

Lalu, gambar kemesraan Nora bersama suaminya itu menjadi peminat termasuk rakan selebriti.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.

Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Foto : Instagram Nora Danish

IKLAN