“Tak Ada Kena Mengena Dengan Suami Orang,” – Nafi Bakal Berkahwin, Amelina Mahu Anak-Anak Selesa

Share

Menafikan bakal berkahwin dalam masa terdekat, Amelina menolak dakwaan bahawa dia mengadakan majlis secara rahsia.

Bagaimanapun, ratu dangdut ini mengakui sudah punya teman istimewa, seperti yang dipetik MHE TV.

Berkongsi temu bual bersama sebuah portal online, ulasnya, dia mahu anak-anak selesa dengan pilihan hati.

“Masih lagi tetap dengan status ibu tunggal. Kalau ada jodoh itu adalah. Buat masa ini adalah berkawan. Tapi tak tahu lagilah, tak kan kita kan?

“Kawan ramai, kawan. Belum pilih lagi. Malulah.

Buat masa sekarang itu jela dulu. Kami berkawan dari tahun lepas. Biar orang selesa dengan anak-anak kita dulu.

“Selesa dengan keluarga, baru Alin rasa boleh bertanya benda-benda ni pada dia.

“Anak-anak dah kenal.

“Tak ada kena mengena dengan suami orang.”

Setuju dengan tindakan penyanyi anak enam ini, netizen menyarankan agar lelaki pilihannya harus serasi dengan anak-anak dahulu sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.

Foto – Instagram Amelina

IKLAN