Tahun Pertama Sambut Syawal Sebagai Suami Isteri, Fasha Kata Suami Pilih Beraya Di Perlis Dulu

Share

Sudah semestinya sambutan hari raya aidilfitri akan bertambah ceria dan gembira apabila di sambut bersama dengan orang yang tersayang.

Pasangan sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Fasha, sambutan hari raya aidilfitri tahun ini sangat istimewa kerana dia dan suami menyambut syawal sebagai pasangan suami isteri.

“Our first raya together.Syukur Alhamdulillah Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Buat Semua Tahun ni @itsaidilaziz pilih untuk beraya di Perlis dulu, Alhamdulillah”tulisnya.

Lantas, perkongsian pasangan ini telah mendapat perhatian daripada peminatnya.

Rata-rata peminat memuji pasangan ini kerana kelihatan sangat secocok dan manis.

MH mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada Fasha dan Aidil.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac yang lalu.

Foto : Instagram Fasha Sandha

IKLAN