Puteri Aishah memaklumkan telah pun selamat menjalani pembedahan gigi impacted tooth yang terjadi apabila wujud ketidakseimbangan dalam proses pertumbuhan gigi baru dan membuang cyst.

Katanya menerusi Instagram hari ini, tahun ini dia agak kerap berada di hospital.

“Alhamdulillah, selesai dah operation buang impacted tooth and cyst.

“Tahun ni banyak kali keluar masuk hospital. It’s okay, ada orang kata I’m strong girl.

“Gelang pink tu bukan gelang quarantine ye. Tu gelang ward utk day care,” tulisnya.

Serentak dengan itu, para peminat menitipkan kata-kata positif dan mendoakan agar bintang filem Pulang itu segera sembuh.

Puteri yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2015 sebelum ini pernah mengalami kecederaan parah di bahagian jari kelingking tangan kiri selepas terkena hirisan pisau November lalu sehingga terpaksa menjalani pembedaham segera.

Foto: Instagram Puteri Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI