Categories: Berita

“Tahun Lepas Amirul Je, Tahun Ni Ada Soraya,” – Sambut Bday Sambil Pangku Anak Tarik Perhatian, Ain Edruce Dah Genap 30 Tahun

Share

Pengacara dan model, Ain Edruce meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 bersama suami serta anak sulung mereka, Soraya.

Sambil menzahirkan rasa syukur, pemilik nama lengkap Nurul Ain Edruce ini turut menyifatkan kehadiran Soraya merupakan hadiah terbaik sepanjang sambutan ulang tahun kelahirannya.

“Alamak, 30 dah lah. Hehehe. Thank you Allah for everything. Tahun lepas Amirul je, tahun ni ada Soraya. Best birthday ever,” tulis Ain menerusi Instagram.

Dia pada masa sama berkongsi foto sambutan hari jadi yang turut diraikan oleh adik perempuannya, Edila Edruce.

Paling comel, Soraya dilihat sedang tidur sambil dipangku Ain sewaktu ketika sambutan.

Posting berkenaan turut menarik perhatian ramai dan rata-ratanya juga telah menitipkan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga.

Untuk rekod, Ain dan suaminya, Amirul bernikah pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat pertunangan.

Ain selamat melahirkan anak pertama mereka pada 19 Mei lalu selepas lebih 25 jam bertarung di dalam bilik pembedahan.

Foto: Instagram Ain Edruce

IKLAN