(TAHNIAH)Sharifah Aleysha Selamat Nikah

Sharifah Aleysha, adik kepada pelakon Sharifah Amani selamat melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Ali.

Sementara itu, Amani menerusi laman instagram berkongsi beberapa foto pernikahan adiknya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Amani meluahkan rasa bersyukur dan tidak percaya apabila adik kesayangannya itu telah pun bertukar status kepada isteri.

IKLAN

“Kamu sememangnya adalah sebahagian daripada keluarga kami @aliroars dan hari ini adalah secara rasmi.”

 

“Tolong jagakan Pheonix kami dan dia juga akan melakukan perkara yang sama kepada kamu. InsyaAllah.

 

“Syukur Alhamdulillah, lindungilah hubungan mereka dan restuilah perjalanan baru mereka. Mudah-mudahan. Ani sayangkan kamu berdua sangat-sangat,” tulisnya di instagram.

Ruangan komen dibanjiri dengan komen para peminat memberi ucapan
tahniah kepada mempelai serta tak kurang juga suami Aleysha yang turut mendapat perhatian peminat apabila wajahnya kelihatan seperti Farid Kamil.

Tahniah sekali lagi buat pasangan Aleysha dan Ali, semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga akhir hayat.

Berikut beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Aleysha buat tatapan anda!

IKLAN