Wah tahniah MH ucapkan buat pelakon cantik, Ummi Nazeera yang kini sedang hamil 4 bulan.
Terdahulu, MH pernah berkongsi sebuah artikel tentang salah satu posting Ummi di Instagram seolah-olah memberi hint bahawa dirinya sedang hamil.
Ramai peminat yang tertanya-tanya adakah Ummi sedang hamil ketika itu.
Tapi kini segalanya telah terjawab apabila Ummi sendiri telah mengesahkan dirinya sudah berbadan dua menerusi laporan Mstar Online.
Ummi berkata, berita kehamilannya ini merupakan berita yang sangat gembira buatnya dan dia sangat bersyukur atas rezeki ini.
“Alhamdulillah saya sudah empat bulan satu minggu hamil dan ia memang berita yang sangat menggembirakan,” katanya.
Dalam pada itu, Ummi bercerita pada awalnya dia tidak mengetahui dirinya sedang hamil sehinggalah ketika dia sedang menjalani penggambaran filem Gol & Gincu 2, dia mengalami kecederaan pada kakinya.
Ketika menjalani rawatan, doktor yang merawat pelakon ini mengesyaki bahawa Ummi mengandung.
“Saya berjumpa doktor untuk membuat X-Ray apabila kaki saya tercedera ketika berlatih bermain futsal untuk salah satu babak salam Gol & Gincu.
“Bagaimanapun doktor yang juga rakan kepada suami saya bertanya sama ada saya hamil namun saya kata tidak pasti.
“Dia meminta saya membuat ujian kehamilan namun keputusannya agak samar-samar,” katanya kepada Mstar Online.
Namun begitu, pelakon cantik ini berkata tiga hari selepas itu dia sekali lagi membuat ujian kehamilan dan keputusan ujian itu telah mengesahkan dirinya hamil.
Sumber: Mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI