Tahniah! Syura Hamil Anak Keempat, Dijangka Bersalin Mac 2023

Share

Penyanyi Syura Badron berkongsikan khabar gembira dia kini hamil anak keempat.

Khabar gembira itu dikongsikan Syura atau nama sebenar, Zuraidah Badron, 36, menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, penyanyi lagu Nazam Berkasih itu dilihat membuat kejutan buat suaminya, Muhammad Farizat Ismail, 28, dengan menghadiahkan baju bayi yang bertulis, ‘You are going to be a daddy soon’.

Syura turut memohon doa daripada semua agar segalanya dipermudahkan untuknya sepanjang tempoh kehamilan.

“Soon, mohon doakan yang baik-baik. Abie (suami), your are going to be a daddy soon. InsyaAllah,” tulis Syura di ruangan kapsyen.

Tidak mendedahkan usia kandungannya, namun Syura ada meletakkan tanda pagar #march2023 yang dijangka ‘due date’ untuknya bersalin.

Rakan artis seperti Khai, Rosma serta Datin Almy Nadia tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah buat Syura dan suami.

“MasyaAllah, Alhamdulillah. Masa jumpa bulan lepas mu minta doakan cepat dapat baby. Allah dah bagi jawapan untuk doa-doa korang. Tahniah korang. Take care Syura,” tulis Khai dan isteri, Rosma.

“Happy for you makcik. Semoga segalanya dipermudahkan,” titip Almy pula.

Syura mendirikan rumah tangga dengan Farizat pada 22 Januari lalu.

Terdahulu, Syura turut mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Syura

IKLAN