“Tahniah Suamiku Tersayang, Terima Sijil Penghargaan Tugas Cemerlang!,” – Serina Redzuawan Tumpang Gembira

Share

Pelakon dan hos, Serina Redzuawan memberi dedikasi serta menzahirkan rasa syukur apabila suaminya, Meor Mohammad Aidid telah pun menerima sijil penghargaan kecemerlangan baru-baru ini.

Serina berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Selain suami, Serina yang juga anak kepada cef terkenal, Chef Wan turut memberikan ucapan sama kepada kesemua anggota polis yang terus komited di dalam menjaga keselamatan negara.

“Tahniah suamiku tersayang, terima sijil penghargaan tugas cemerlang! Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu Ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan serta kejayaan mereka.

“I will always support your work & proud of u Darling, bertugas menjaga keamanan, demi keselamatan rakyat, bakti pihak polis adalah perjuangan yang mulia.

“Syabas kepada semua Anggota polis yg bekorban masa, bersengkang mata memastikan negara berdaulat kita ni aman damai,” tulisnya sebagai kapsyen menerusi pautan beberapa keping foto berkaitan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama mengucapkan ucapan tahniah buat suami bintang berkenaan.

Sekadar informasi, Serina dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada 9 April lalu.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Serina Redzuawan

IKLAN