“Tahniah Sayang!,” – Hitung Hari Bergelar Isteri, Eyra Hazali Bangga Kejayaan ‘Bakal Imam’

Share

Walaupun dalam kesibukan dengan komitmennya sebagai pelakon, Eyra Hazali tetap meluangkan masa menyaksikan aksi perlawanan bola sepak melibatkan tunangnya, Muhammad Haziq.

Haziq merupakan penjaga gol bola sepak kebangsaan.

Kongsi pelakon berusia 20 tahun itu, dia isi masa menonton perlawanan bola sepak Challenge Cup 2019 sebagai tanda memberi sokongan kepada si tunang, semalam.

“Such a thrilling match yesterday but my keeper managed to save 3 penalty goals ! Alhamdulillah,congratulations sayang ! You’re truly a HERO *muka happy sangat.

Dalam pada itu, peminat memuji sikap Eyra yang sentiasa memberi sokongan terhadap tunangnya.

Untuk rekod, Eyra telah mengikat tali pertunangan bersama Haziq pada 1 Disember yang lalu.

Foto : Instagram Eyra Hazali

IKLAN