Tahniah! Rody Kristal Selamat Timang Anak Lelaki, Kini Bergelar Bapa

Share

Penjaga gol futsal kebangsaan yang juga isteri kepada Rody Kristal, Niena Azman telah selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki awal malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Rody dan Niena atau nama manjanya, Dekno di Instagramnya.

 “Alhamdullilah.. Nothing much to say.. speechless!,” tulis Niena.

Sementara Rody juga berkongsi isterinya selamat melahirkan cahay mata secara normal.

Dalam pada masa sama, Niena juga memuat naik video di Instagramn Storiesnya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata mengucapkan tahniah diatas kelahiran baby boy itu dan mendoakan semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat.

Untuk rekod, Niena dan suami berkahwin pada April 2018 dan kini sudah pun bergelar ibu dan ayah.

Tahniah!

Foto : IG Niena Azman

IKLAN