Wah! Gitaris kumpulan Kristal, Rody bakal menerima orang baru dalam keluarganya apabila isterinya disahkan hamil.

Perkara gembira itu dikongsi oleh Rody menerusi sebuah video di Instagramnya.

“Assalamualaikum semua, Alhamdulillah…syukur pada ALLAH SWT, aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi.

“Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku, di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak.

“Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat, moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy!

“Baby jangan nakal-nakal ya… rehat elok-elok kat dalam dulu k.. InsyaALLAH nanti keluar kita pergi jalan-jalan.

“Syukur Alhamdulillah… #mamabolobolo #papabolobolo,” tulisnya.

IKLAN

Rody, 32 tahun dan pasanganya, Nur Izwani Azman, 31 tahun berkahwin pada hujung April lalu di Johor dengan mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,11.11.

IKLAN

Tahniah! Rody Kristal Bakal Terima Anak Sulung

IKLAN

Sekali lagi tahniah MH ucapkan kepada pasangan itu.

Foto: Instagram Rody Kristal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI