Wow, nampaknya pelakon dan bekas ahli gusti profesional. Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama The Rock dilaporkan bakal menimang cahaya mata perempuan tak lama lagi.

Tahniah! The Rock Bakal Timang Anak Kedua

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh The Rock melalui laman sosial Instagram miliknya dua hari yang lalu.

“I was raised by and live with amazing and strong women, so the universe felt we needed one more.”

 

 

“ IT’S A BABY GIRL!! THANK YOU guys so much for the awesome support and love you’ve sent @laurenhashianofficial and myself from around the world. We’re so grateful for this blessing and thrilled to share the news with y’all.” tulisnya di laman tersebut.

Anak keduanya adalah hasil dari hubungan dengan kekasihnya, Lauren Hashian yang dikenali sejak tahun 2007 lagi.

IKLAN

Pasangan ini juga telah dikurniakan anak pertama pada Disember 2015.

The Rock turut memuat naik foto anak pertamanya, iaitu Jasmine Lia, dengan berlatar belakangkan pohon Krismas yang tertulis ‘ Can’t wait to be a big sister! And finally be the BOSS!

Tahniah! The Rock Bakal Timang Anak Kedua

IKLAN

Ruangan komen di Instagram The Rock juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 97 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Terdahulu, aktor berusia 45 tahun ini pernah berkahwin dengan Dany Garcia dan dikurniakan seorang anak perempuan, Simon Garcia.

IKLAN

Tahniah! The Rock Bakal Timang Anak Kedua

Dalam perkembangan lain, The Rock bakal muncul di seluruh panggung wayang pada 21 Disember ini dengan filem hebat, Jumanji: Welcome to the Jungle.

Untuk rekod, The Rock merupakan pelakon Hollywood lelaki yang meraih pendapatan paling tinggi, 20 juta dolar lebih banyak berbanding pendapatan pelakon wanita paling kaya, Jennifer Lawrence.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI