Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan yang dia kini sedang hamil cahaya mata keenam.

Berita gembira itu dikongsikan Rebecca, 36, menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi hantaran itu, Rebecca memuat naik gambarnya menampakkan ‘baby bump’ beserta kapsyen ringkas mengiringi foto tersebut.

“Assalammualaikum from MummyBecca & Baby BamBam.

“Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik. InsyaAllah,” tulisnya.

IKLAN

Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan Rebecca yang teruja dengan berita kehamilannya.

Pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor ini berkahwin dengan peguam, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

IKLAN

Hasil perkahwinan, Rebecca mempunyai lima cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmad Al-Reaggan, 4 dan Nor Aurora Riana, 4.

Bintang cantik ini turut menjaga seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 14.

IKLAN

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Rebecca Nur Al-Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI