Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan Rebecca yang teruja dengan berita kehamilannya.
Pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor ini berkahwin dengan peguam, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Ads
Hasil perkahwinan, Rebecca mempunyai lima cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmad Al-Reaggan, 4 dan Nor Aurora Riana, 4.
Bintang cantik ini turut menjaga seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 14.
Penyanyi Akim Ahmad mendedahkan anak keduanya, Isa yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu lebih manja berbanding kakaknya yang mesra disapa Beyya dan Eshaal.
Akim, 31, berkata dia bagaimanapun rasa teruja kerana kini sudah ada pengalaman dalam menguruskan anak lelaki.
“Alhamdulillah, bayi makin sihat dan dia sudah mengambil vaksin pertama, baru-baru ini. Rasa seronok memandangkan sebelum ini kami sudah miliki dua cahaya mata perempuan.
“Jadi bila ada anak lelaki ni, rasa berbeza. Bagi saya, dia lebih manja. Misalnya kalau waktu hendak tidur,
mesti berdukung. Berbeza dengan kakaknya yang sebelum ini tidak perlukan buaian kalau mahu tidur.
“Kalau tidak, akan merengek. Nak kena dukung, tepuk-tepuk. Sepanjang tiga bulan lalu, memang saya banyak berjaga malamlah,” katanya kepada MH.
Akim berkata demikian ketika ditemui pada MajlisPelancaran Absolut Music Festival di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada Rabu.
Berkongsi mengenai nama ringkas anaknya itu, Akim menjelaskan dia dan isterinya, penyanyi Stacy sepakat mahu memberi nama yang mudah dan mempunyai maksud yang baik.
“Saya tidak mahu nanti pening untuk tulis nama anak panjang-panjang. Kami memang sepakat pilih nama Isa. Sebelum ini ada juga beberapa nama lain.
“Tapi kami putus untuk pilih nama yang unik dan saya pada saya, maksudnya juga baik. Mudah-mudahan anak kami membesar sebagai anak soleh,” kongsinya lagi.
Akim dan Stacy sah menjadi suami isteri pada Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang disapa Beyya, yang kini sudah memasuki usia sembilan tahun.
Dalam pada itu, Akim antara barisan 18 artis yang akan menjayakan persembahan sempena Absolut Music Festival 2022 awal bulan depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi.
Selain Akim, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi akan melakukan persembahan sepanjang tiga hari penganjuran konsert percuma itu.
Bertemakan festival dengan konsep terbuka, acara yang mendapat tajaan dari syarikat vape, Elfbar diadakan bertujuan menyemarakkan lagi industri acara di negara ini.
Pada masa sama, festival sama turut membuka peluang rezeki kepada 110 peniaga kecil dan sederhana terdiri daripada industri makanan, minuman, pakaian dan kosmetik untuk menjual barangan mereka sepanjang acara.
Festival yang akan bermula dari 4 hingga 6 November ini juga turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pelakon Datin Lisa Surihani sejak berhijrah menggenakan tudung dan semakin melibatkan diri dalam kelas-kelas ilmu keagamaan mendapat pujian peminatnya.
Lisa atau nama sebenar, Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata dia berharap dirinya akan kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
“Alhamdulilah kalau ada mereka yang rasa benda itu baik untuk mereka, saya doakan untuk mereka juga.
“Kita semua dalam perjalanan (masing-masing), jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu, yang saya nak belajar tentang ilmu agama… harap saya istiqamah,” katanya kepada MH.
Lisa ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Selain imej berhijab, wajahnya yang kini sering tampil polos tanpa mengenakan sebarang solekan turut dipuji netizen yang mana rata-rata sukakan dengan fasa perubahan Lisa ke arah lebih baik.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Lisa berkata dia kini sudah tidak berapa rajin untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tak berapa nak pasti berkenaan itu.
Tiada penyingkiran diumumkan di segmen akhir di konsert keenam Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam tadi.
Sekaligus, ia membolehkan kesemua 10 bintang bertanding meneruskan perjuangan minggu hadapan, meski Asheed menduduki markah paling corot dengan 58.9 peratus dan ketiadaan Dina Nadzir dalam saingan.
Dalam pada itu Tomok cemerlang dengan 84 peratus di kedudukan pertama menerusi persembahan mantapnya bagi lagu Everybody nyanyian asal kumpulan popular Backstreet Boys.
Jac pula di kedudukan kedua dengan 82.40 peratus dan Shila Amzah ketiga, 76.60 peratus.
Bob yang menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kurik Kundi pula memungut markah sebanyak 76.40 peratus.
Lihat markah kesemua bintang bertanding;
Bertemakan Citarasa Antara Benua, barisan bintang bertanding diadili juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Dina tidak dapat bersama dengan para peserta yang lain susulan bapanya yang meninggal dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...