Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Amran Ismail kerana kini sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya Nur Syazwani Alias Jumaat lalu.

Melalui laporan Harian Metro, Amran yang dihubungi meminta maaf kerana tidak berkongsi pernikahannya ini kerana ingin melaksanakan majlis terlebih dahulu bimbang jika ada apa-apa yang berlaku.

Tahniah, Putra Amaris Kini Sah Bergelar Suami!

Amran atau lebih dikenali sebagai Putra Amaris akui perhubungan ini hanya diketahui oleh rakan-rakan terdekat sahaja dan ramai yang tidak tahu statusnya bersama Syazwani walaupun rakan-rakan selebriti.

Ads

“Saya selesa untuk tidak terlalu bercerita. Seperti sekarang, selepas sah bergelar suami isteri baru saya boleh berkongsi apa yang perlu.

 

“Saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua dan semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Menurut Amran, dia telah bertemu dengan gadis pilihannya ketika menuntut ilmu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan dia merupakan kakak ipar kepada rakannya sendiri.

“Kami berjumpa kali pertama pada Aidilfitri 2016. Tidak sampai sebulan lepas itu, saya terus menghantar rombongan merisik dan kami bertunang pada 13 Ogos 2016.

 

“Ketika itu dia bertugas sebagai ustazah di sekolah agama di Johor. Sekarang isteri saya menjalankan bisnes tudung dalam talian,” jelasnya.

Tahniah, Putra Amaris Kini Sah Bergelar Suami!

Ads

 

Walaupun pada mulanya isterinya itu langsung tidak tahu tentang penglibatan Amaris di dalam industri seni, namun kini dia menerima pekerjaan suaminya sebagai seorang pelakon.

Ads

Mereka berdua telah bernikah di Batu Pahat, Johor dan menyerahkan mas kahwin RM22.50 beserta dengan 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang.

MH ingin ucapkan tahniah buat kedua pasangan ini dan mudah-mudahan berkekalan sehingga ke akhir hayat!

SUMBER: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI