Tahniah Penyampai Radio Zayan Falyq Hikyle Kini Bergelar Tunang Kepada Anak Tiri Zarina Zainuddin

Share

Penyampai radio Zayan, Falyq Hikyle telah selamat melangsungkan pertunangan dengan  Nabilla Raihan Sabtu lalu. Nabilla merupakan anak tiri kepada aktres senior, Zarina Zainuddin.

Perkongsian gembira itu dikongsikannya menerusi Intagram.

“100 itu sempurna, kamu 1 lebih sempurna. Dengan izin Allah SWT. Maklum lah, umur dah banyak pakai. Tak tau berapa baki yang tinggal. So jom lah kita sesama pelan-pelan kayuh ye, cik fiancée. Gitueww.

“p/s : Jangan lah time-time macam ni ada yang menggugat iman eh. Ajee gilerrrr nak menjawab nanti,” tulisnya sambil memerikan kredit beserta tanda palang #falalyq #darahmanis #elehbarutunangkot.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti mendoakan kebahagiaan pasangan serta berdoa agar fasa berlabuh hingga ke jenjang pelaminan.

Foto: Instagram  Falyq Hikyle

IKLAN