Wah tahniah MH ucapkan kepada pengacara dan pelakon popular, Neelofa yang telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.

Perlantikan Neelofa ini telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata Neelofa merupakan penambahan yang baik dalam lembaga pengarah.

Pengalaman Neelofa sebagai usahawan, pencipta jenama dan inovator industri akan menjadi sesuatu yang bernilai kepada AirAsia.

IKLAN

“Neelofa merupakan seorang yang sangat bijak, muda dan berdikari, itulah yang kami perlukan bagi membantu syarikat untuk menuju ke arah menjadi salah satu yang terbaik, dipercayai, dan syarikat yang dihormati di seluruh dunia.

 

“Reputasi Neelofa sebagai ahli perniagaan wanita terkemuka di Malaysia, merupakan salah seorang di Malaysia yang dinamakan oleh Forbes Asia dalam senarai ‘30 Under 30’ dan rekod memperjuangkan wanita dalam perniagaan memberi inspirasi kepada kami. Saya sangat berharap untuk bekerjasama dengan Neelofa,” katanya.

Dalam masa yang sama, Neelofa turut kongsi rasa teruja untuk mengambil cabaran ini dan menyertai keluarga AirAsia sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

IKLAN

“Terima kasih saya ucapkan kepada ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan kerana sudi menjemput saya untuk menjadi sebahagian daripada syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia.

 

“Ini bukan sahaja pencapaian baru untuk saya malah buat semua wanita di luar sana. Sejak tujuh tahun lepas saya telah menceburi industri hiburan dan perniagaan dan telah memberikan saya banyak peluang untuk berkembang dan membuat perubahan. Saya sangat teruja untuk menggalas peranan baru ini dan mahu mencabar diri untuk pergi lebih jauh serta meningkatkan prestasi diri.

 

“Saya juga turut teruja untuk mewakili Generasi Y dan menyuarakan wawasan serta pandangan kami dalam bidang perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Bursa Malaysia hari ini AirAsia juga telah mengumumkan perletakan jawatan Aireen Omar dan Tharumalingam Kanagalingam daripada lembaga untuk memberi peluang kepada pengarah bebas bagi meningkatkan pentadbiran korporat dan pematuhan.

IKLAN

Langkah ini akan membolehkan Aireen dan Tharumalingam untuk lebih fokus kepada pelan transformasi dan pertumbuhan AirAsia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI