“Weh Terkejut!” – Najwa Latif Sah Bergelar Isteri Ahli Muzik, Akwa Arifin

Share

Penyanyi Najwa Latif telah sah bergelar isteri kepada ahli muzik, Akwa Arifin dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Batu Pahat, Johor pada jam 8.30 pagi Jumaat.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri penyanyi Cinta Muka Buku itu menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi entri tersebut, Najwa atau nama sebenar, Imratul Najwa Abdul Latif, 27, memuat naik gambar mereka berdua sebaik disahkan bergelar suami isteri.

“Alhamdulillah, kami dah grad (nikah),” tulis Najwa di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, netizen dan rakan artis seperti penyanyi Ainan Tasneem, Hanie Soraya, Dayah Bakar dan Adi Fashla mengucapkan tahniah di atas penyatuan dua jiwa tersebut.

“Alhamdulillah tahniah you two.

“Know know kahwin.

“Wehhh terkejut!!! MashaaAllah tahniah wawa sayang! Semoga sentiasa bahagia di samping suami yang tersayang & menjadi isteri yang solehah. Aamiin. Mwahh!.

“Start dari Collab sekarang terus Collab forever ever sampai Jannah.  Tahniah both of you,” komen sebahagian netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Najwa Latif

IKLAN