Nadhir diumumkan juara Hero Remaja 2020 pada malam akhir program berkenaan pada Khamis.
Selempang kemenangan disampaikan juara Hero Remaja terdahulu, Alif Muhamin.
Atas kemenangan yang raih, Nadhir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi.
Sementara itu, Umar pula diumumkan sebagai pemenang tempat kedua manakala Meerqeen diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Ads
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 dan RM5,000 berserta trofi kemenangan.
Jabir dan Haziq masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
Hero Favourite 2020 pula disandang Aniq dan Imran pula dipilih sebagai Hero Inspirasi 2020.
Ads
Kedua-dua anugerah tersebut berdasarkan undian dalam talian.
Datuk Hans Isaac dan Scha Al Yahya menduduki kerusi juri Hero Remaja 2020 bersama Yusry Abdul Halim yang diundang selaku juri jemputan.
Ads
Pencarian Hero Remaja 2020 akhir disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Pencarian Hero Remaja 2020 ditaja Oleh Nivea Men.
Program berkenaan sebelum ini memulakan episod pertamanya pada 27 Februari lalu dan dihoskan oleh Ain Edruce yang digandingkan bersama Awal Ashaari pada malam akhir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu perkongsian foto oleh personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl mencuri perhatian ramai.
Ini kerana, ‘instafamous’ berusia 32 tahun itu ada berkongsi foto bersama seorang lelaki yang dikhabarkan sebagai kekasih hatinya, baru-baru ini di Instagram.
Tampil mengenakan persalinan sedondon dalam rona putih, ruangan komen pada entri berkenaan turut dihujani dengan usikan peminat dan rakan artis.
Malah ada di antara komen yang turut mendapar respon tuan punya pemilik akaun.
“Alhamdulillah. i finally found you after so many years. you’re actually just in front of me all this while,” tulisnya sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati bersama tanda pagar,#mycrushwheniwas14.
Malah menerusi entri lainnya pula, mereka dilihat turut melakukan video bersama dengan melakukan parodi nyanyian ‘miming’ lagu Hindustan yang cukup sinonim dengan Kak Girl sebelum ini.
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengakui statusnya kini masih solo meski pernah dikaitkan dengan penyanyi Indonesia, Reza Zakarya yang dikhabarkan baru sahaja bertunang baru-baru ini.
Menurut Uyaina, dia tak bersedih mengenai perkara tersebut.
Sebaliknya, dia percaya penyanyi berkenaan berhak untuk menentukan kehidupannya sendiri.
“Mereka ada gosipkan saya dengan seorang penyanyi Indonesia. Tapi sekarang penyanyi itu pun dah bertunang.
“Jadi semua orang ingat macam ‘Uyaina lagi sedih ya, lagi galau ya’. Saya kata tidak, dia sudah sampai jodoh dan waktunya.
“In fact saya dah berterus terang dengan dia bagi tahu yang saya ada banyak lagi impian dan cita-cita yang belum tercapai sebagai wanita yang belum berkahwin.
“Saya nak fokuskan mengenai diri saya dahulu. Uyaina tak menghalang dia untuk proceed ke peringkat seterusnya.
“Takkan kita nak suruh orang tunggu. Begitulah kisahnya,” katanya kepada MH.
Uyaina berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pengenalan peserta program Ratu Hijabista 2020 di The Great Eastern Mall, Kuala Lumpur , pada Rabu.
Tambahnya lagi, dia tidak menafikan kini dalam fasa mengenali hati budi seseorang, namun mendedahkan perancangannya untuk berkahwin masih lagi jauh.
“Tetapi sekarang ini saya sedang mengenali seseorang. Saya tidak menutup hati saya.
“Namun, perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat masih belum ada.
“Dari segi kehidupan peribadi, saya memang seorang yang low profile, dengan siapa saya berkenalan, saya tak pernah expose.
“Saya nak orang kenal saya base on my prestasi dulu. Bila kita ada prestasi yang baik, kalau orang nak tahu pasal kita tu, kita pun happy nak share,” jelasnya lagi.
Bintang ini bagaimanapun sudah memasang hajat untuk mendirikan rumah tangga sebelum mencecah usia 30 tahun.
“Saya seorang yang serious bila dalam perhubungan. Saya bukan jenis yang in relationship with someone just untuk have fun.
“Saya faham bila umur dah cecah 28 and tak lama lagi 30, jadi perancangan untuk kahwin tu ada cuma bukan sekarang atau dalam masa terdekat.
“Jawapan saya tetap akan sama, saya akan berkahwin sebelum umur 30. Bagi saya ketika umur 20-an ini adalah masa untuk saya mengejar impian dan cita-cita,” akhirinya.
Sementara iti, Uyaina bakal bergandingan bersama pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim bagi mengacarakan program realiti terbaru, Ratu Hijabista 2020.
Raju Hijabista 2020 akan bersiaran pada 12 Ogos 2020, setiap Rabu bermula jam 9.00 malam hanya dia Astro Prima (125) dan Prima HD (105).