Kalau MH sebut namanya Hammad Zamakhshar mungkin ramai yang tidak kenal, namun jika kami kata Mahklok Macho atau lebih dikenali sebagai Bengah (Bang Ngah), Abang Yang Penyanyang, MH percaya pasti ramai tahu tentangnya.

Popular melalui video-video nakalnya yang suka mengusik adik kelainan upaya, Afiatul namanya semakin dikenali sehingga menobatkannya sebagai Personaliti Media Sosial ABPH30.

Seperti yang kita tahu, selain suka mengacau dan mengusik adik kesayangannya itu, Bengah ini juga sering menampilkan kekasihnya dalam video-video mereka.

MH diberitahu akhirnya mereka berdua telah selamat disatukan dengan sekali lafaz di Masjid Zahir Negeri Kedah Darul Aman semalam.

Bagai pinang dibelah dua, cukup romantik dan meriah majlis mereka walau disambut dengan serba sederhana.

IKLAN

Mengenakan tema serba putih sewaktu akad nikah dan biru Aqua sewaktu persandingan, mereka berdua nampak cukup bahagia.

Malah Adik kepada Bengah, Afiatul juga turut mendapat perhatian ramai apabila kelihatan cukup cantik dan manis dengan dress mengikut tema.

Tahniah Makhlok Macho, Abang Yang Penyayang Selamat Nikah Dengan Cik Bunge

Seperti biasa, Bengah memang tidak lari daripada aksi-aksi lucu dan kapsyen winnya.

IKLAN

MH sangat tercuit melihat bagaimana Bengah ini meniru gaya pasangan sensasi Fattah Amin dan Fattzura yang bersemut posing di atas pelamin.

Apapun tahniah buat Bengah dan pasangan Cik Bunge jom #MHBelanjaGambar perkahwinan mereka!

IKLAN

Tahniah Makhlok Macho, Abang Yang Penyayang Selamat Nikah Dengan Cik Bunge

Tahniah Makhlok Macho, Abang Yang Penyayang Selamat Nikah Dengan Cik Bunge

Tahniah Makhlok Macho, Abang Yang Penyayang Selamat Nikah Dengan Cik Bunge

Tahniah Makhlok Macho, Abang Yang Penyayang Selamat Nikah Dengan Cik Bunge

Sumber Gambar : Instagram @makhlokmacho

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI