
Senarai 12 buah lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) selepas berentap di pentas Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Jumaat telah diumumkan.
Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL33 yang bakal bersiaran Februari depan adalah Semakin – Siti Sarah (Mera Utama), Bunga – Ara Johari (Hang Nadim/Laq/Kadok), Kau Pun Sama (Syamel), Sampai Bila – Misha Omar (Sharon Paul/Fedtri Yahya & Shah Shamshiri), Haram – Hael Husaini & Dayang (Hael Husaini/Ezra Kong) dan Luluh – Khai Bahar (Khai Bahar).
Enam lagu lain yang turut mara ialah Bunga – Altimet (Omar K & John Jeevasingam/Altimet), Jatuh Bangun – Haqiem Rusli ft Aman Ra (Haqiem Rusli, Omar K & Ikhwan Fattana/Omar K, Ikhwan Fattana & Aman Ra), Amylea X Kaer (Farouk Roman/Amylea), Hajat – Hael Husaini (Hael Husaini/Ezra Kong), Di Matamu – Sufian Suhaimi (Sirkhan & Rinkarnaen) dan Nisan Cinta – Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Hael Husaini/ Mike Chan/Ezra Kong).
Program tersebut telah bersiaran selama tiga minggu, bermula 9 November lalu dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik yang dicalonkam di Muzik-Muzik sepanjang tahun 2018.
SFMM33 dihoskan olen Haziq dan Sherry Al Hadad. Kesemua lagu dinilai oleh barisan juri professional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Mokhzani bertindak selaku ketua juri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
![[VIDEO] “Isteri Paling Sempurna,Pandai...,” - Genap Setahun Layari Bahtera Perkahwinan, Ini Lagu Teristimewa Fattah Buat Si Isteri Tercinta. Oh, Romantisnya! 2 [VIDEO] “Isteri Paling Sempurna,Pandai...,” - Genap Setahun Layari Bahtera Perkahwinan, Ini Lagu Teristimewa Fattah Buat Si Isteri Tercinta. Oh, Romantisnya!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/mediaa-1.png)
Hari ini genap setahun pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura bergelar suami isteri.
Bagai tidak jemu-jemu melihat kemesraan pasangan ini yang sentiasa bersama dalam mana-mana majlis keramaian.
Justeru, Fattah telah memuat naik sebuah video beserta lirik lagu yang mendalam buat isteri tercinta.
A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on
Paling Sempurna
Terlerai sudah pencarian kasih
Takdir bertemu ketentuan ilahi
Dia wanita sempurna
Selama ini ku nanti
Hadir tak diduga
.
Sudah tertulis
Ditakdir bersama
Ikatan rindu menyatu kita berdua
Sungguh rasa bersyukur
Ditemukan lelaki yg paling sempurna
.
Kita memang ditakdir bersama
Hidup bahagia di istana cinta
Berjanjilah sayang
Kita hidup bersama
Hingga ke hujung nyawa..
Dalam pada itu, Fattah bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana dikurniakan isteri yang sangat memahamai dirinya.
Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur di pertemukan oleh Allah dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya Allah kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya Allah Rabbal Alamin.
Susulan itu, netizen turut mendoakan kebahagian pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu.
Wah! Sweet couple betul Fattzura ni,kan?
Apa-apa pun MH ucapkan semoga kalian kekal bahagia selamanya hingga syurga.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
![[GAMBAR] “Pakai Bekung Dekat Dalam, Bukan Luar!, “- Netizen Tegur Cara Pemakaian Fatin Afeefa & Nur Sajat Yang Salah! 11 [GAMBAR] “Pakai Bekung Dekat Dalam, Bukan Luar!, “- Netizen Tegur Cara Pemakaian Fatin Afeefa & Nur Sajat Yang Salah!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/dp-bekung.png)
Pelakon Fatin Afeefa dan usahawan, Nur Sajat antara selebriti yang sering mempromosikan pemakaian bekung khusus untuk mereka yang mengalami masalah perut buncit.
Namun, cara pemakaian kedua-dua figura itu telah mendapat teguran netizen apabila mereka memakai bekung di luar dan bukannya di dalam.
A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on
A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on
A post shared by اجرام جت (@ajramjat) on
A post shared by اجرام جت (@ajramjat) on
Sajat juga kerap berkongsi gambar dengan memakai bekung di bahagian luar sehingga menamapakan sosok tubuh badan yang menggiurkan.
Susulan itu, netizen telah memberi komen yang pelbagai dan menegur cara pemakaian bekung yang sebenarnya.
“x pnh lg nmpk org pakai bekong kat luar,” komen netizen.
“style baru ke pakai kat kat luar?,” komen netizen.
“mcm mana nak kurus kalau perut dh terhalang dgn baju tu,” komen netizen.
“nenek aku dulu guna minyak panas nak kasi kempis perut pahtu baru pakai bekung,” komen netizen.
Difahamkan, cara pemakaan bekung yang dipakai orang dahulu kala adalah pada bahagian dalam serta disapu minyak angin bagi mengelakkan perut buncit.
Foto : Instagram Fatin Afeefa, Nur Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pemergian datuk pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed merupakan satu memori yang amat menyedihkan buat mereka sekeluarga.
Pastinya banyak kenangan yang tidak akan dilupakan bersama arwah yang dipanggil ‘Abah’ di kalangan ahli keluarga besarnya; gelak tawa, memori bersama suka dan duka bersama.
Awal semalam, Neelofa turut berkongsi berita sedih itu menerusi IG Storiesnya.
Selain itu, pengacara program MeleTop itu juga turut meluahkan rasa rindunya menerusi IG storiesnya untuk bergilir-gilir (shift) menjaga datuknya, menerusi group WhatsApps mereka.
Terdahulu, Noor Mohamed, 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu jam 11:20 malam, di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Lemal. Semoga roh Allahyarham Noor Mohamed dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Salah takziah buat keluarga Neelofa dari MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

