Tahniah! Joy Revfa Selamat Bertunang, Sorok Identiti Bakal Suami

Share

Bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa mengikat tali pertunangan semalam.

Momen istimewa itu dikongsikan sendiri usahawan kosmetik ini di laman Instagram miliknya.

Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 32, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bakal suami dan menutup wajah lelaki tersebut.

https://www.instagram.com/p/B9vkw-PJjez/?igshid=1fco5via1g6pu

Difahamkan lelaki yang dikenali dengan nama di Instagram Zurev Ahmax merupakan rakan perniagaan bersama.

Joy pernah mendirikan rumah tangga dua kali termasuk dengan Hafiz namun bercerai pada 2017. Dalam perkahwinan pertama, Joy dikurniakan anak, Arryan Firdaus yang berusia enam tahun.

Foto : Instagram Joy Revfa

IKLAN