Tahniah! Isteri Tomok Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Tomok Timang Anak Ketiga

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Tomok yang menerima kehadiran cahaya mata ketiganya.

Perkara tersebut dikongsikan Tomok menerusi satu entri terkini di Instagram.

Sambil merakam rasa syukur apabila isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan permata hati ketiga, Tomok turut berkongsi jantina anak.

“Asalamualaikum semua..alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.

“Alhamdulillah terima kasih ALLAH..terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya,” tulisnya.

Serentak dengan khabar gembira itu, para pengikut Tomok di Instagram memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat Tomok dan isteri.

Tidak ketinggalan, rakan selebriti turut meninggalkan ucapan sama.

Tomok dan Rahayu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman yang kini berusia 3 tahun.

IKLAN