
Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 9.11 pagi tadi.
Memetik Berita Harian. bayi perempuan berkenaan dilahirkan secara normal dengan berat 3.55 kilogram.
Suaminya, Romie Razin Adillha Abd Rais, berkata isterinya kini dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil
“Dia memang wanita yang kuat,” kata Romie seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini masih belum memberikan nama terhadap permata hati kedua mereka itu.
“Belum ada ilham lagi. Pastinya kami mahu memberikan nama yang membawa maksud yang baik. Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, keduanya mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2015. Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya, 3 tahun.
Hanez turut berkongsi ucapan tahniah yang diberikan daripada rakan-rakan menerusi Insta Stories miliknya.
Foto: Instagram Hanez Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


![[GAMBAR] 8 Bulan Kahwin, Bunga Cinta Nadiyah Shahab & Ben Ali Kian Mekar Di Itali, Moga Till Jannah! 3 [GAMBAR] 8 Bulan Kahwin, Bunga Cinta Nadiyah Shahab & Ben Ali Kian Mekar Di Itali, Moga Till Jannah!](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/07/kiuyas.png)
![[GAMBAR] Lara Alana Genap 5 Tahun, Scha Al-Yahya Kongsi Foto Transformasi Anak Tunggalnya Dari Bayi Hingga Kini 8 [GAMBAR] Lara Alana Genap 5 Tahun, Scha Al-Yahya Kongsi Foto Transformasi Anak Tunggalnya Dari Bayi Hingga Kini](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/07/WhatsApp-Image-2019-07-22-at-2.16.19-PM.jpeg)
