“Tahniah Future Babah,”- Abam Bocey Bakal Bergelar ‘Daddy’, Happy Bukan Main Lagi. ‘Buku Pink’ Hospital Jadi Bukti!

Share

Pelawak, Abam Bocey mengumumkan isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali kini mengandung anak pertama mereka.

Berita gembira itu diumumkan menerusi foto di laman Instagramnya yang menunjukkan ‘buku pink’ khas untuk ibu mengandung.

“Alhamdulillah terima kasih semua, syukur Alhamdulillah, ALLAHUAKBAR. Kehadiran yang sangat dinanti, hadirlah dengan baik,” tulisnya.

Susulan itu, kelihatan ramai netizen mengucapkan tahniah kepada ‘daddy to be ‘ itu malah turut mendoakan isteri Abam.

Pasangan tersebut berkahwin pada Disember tahun lalu dalam sebuah majlis ringkas yang dihadiri kaum keluarga, para sahabat dan teman media.

Abam juga kini dalam proses untuk menguruskan badannya dan sudah kehilangan 30 KG. Mungkin dengan berita gembira ini akan memberikan lebih dorongan buatnya untuk mendapatkan tubuh badan ideal.

Dalam pada itu, di kesempatan ini juga MH juga ingin mengucapkan tahniah buat Abam dan semoga segalanya dipermudahkan.

Foto/Instagram: Abam Bocey

IKLAN