Tahniah! Fazura Selamat Bersalin Anak Perempuan – “Kiriman Agung Pertama Kami”

Share

Pelakon Fazura selamat bersalin cahaya mata perempuan hari ini.

Menyifatkan kehadiran ahli keluarga baru bersama suami, pelakon dan penyanyi Fattah Amin sebagai kiraman paling agung daripada Yang Maha Esa, Fazura berkongsi berita gembira itu menerusi entri terkininya di Instagram.

“Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

“Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” titipnya.

Fazura turut memberitahu nama dan wajah bayi perempuannya akan dikongsi selepas tujuh hari kelahiran.

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.

“Salam sayang dari kami bertiga,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian itu, rakan artis serta para peminat tidak putus-putus menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan selebriti ini.

Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

IKLAN