Wah! Pelakon, Faye dan suaminya, Azmi Hatta kini dah dapat ahli baru dalam famili mereka Isnin lalu.

Faye berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya tengah hari tadi.

“Bismillahirrahmannirrahim… Assalamualaikun semua, Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.

“Pada 9hb April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year Anniversary kami. Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama.

“Syukur Alhamdulillah, Mommy dan baby sihat. Mommy just still penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya?Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby,” tulisnya.

IKLAN

Tahniah MH ucapkan kepada pasangan tersebut, lagipun Faye turut berkongsi separuh wajah anaknya di laman IG miliknya.

Ternyata, perkongsian tersebut membuatkan para peminat menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah.

IKLAN

Tahniah! Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah! Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

IKLAN

Apa-apapun, MH tak sabar nak tunggu pengumuman anak Faye. Tahniah sekali lagi.

sumber: IG Faye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI