Berjaya lolos ke peringkat akhir All Stars Buka Panggung, Zul Huzaimy Marzuki tidak menyangka rezeki menyebelahi dirinya malam tadi.
Meletakkan sedikit harapan untuk bergelar juara, Zul turut bernazar wang kemenangan bernilai RM50,000 akan dihadiahkan kepada ibunya untuk mengerjakan Haji.
“Harapan itu ada. Saya kesian lihat ibu saya.
“Kami 12 adik beradik dimana ibu yang menjaga kami dari kecil sehingga dewasa.
“Jadi, dia teringin untuk ke Mekah,” kata Zul kepada MH.
Zul ditemui di Royale Theater Shah Alam sejurus selesai membuat persembahan di pentas separuh akhir program tersebut.
“Baru-baru ibu dah pergi umrah, tapi sekiranya saya menang pada minggu depan (final) saya dah pasang niat untukbawa ibu mengerjakan Haji tahun depan,” kongsi Zul.
Selain itu, pelakon filem Mat Moto ini juga mahu berkongsi rezeki kemenangan bersama keluarga dan peminat.
“Bukan sahaja duit kemenangan itu untuk ibu saya,tetapi saya akan kongsikan bersama isteri,anak-anak dan Insyallah akan adakan majlis bersama peminat yang mengundi saya tiap minggu,” jelasnya yang merupakan juara minggu ke-3 lalu.
Bintang tersebut berjaya menewaskan Sharifah Sakinah, Sweet Qismina dan Fahrin Ahmad pada pusingan awal.
Terdahulu, Datuk Rosyam Nor telah diumumkan tersingkir pada peringkat separuh akhir malam tadi.
Pertandingan akhir program itu akan berlangsung minggu hadapan (18 Oktober ini) yang memperlihatkan kehebatan empat finalis iaitu Zul Huzaimy, Datuk Aaron Aziz, Rita Rudaini dan Norkhiriah menguasai pentas dengan dialog spontan tanpa menggunakan skrip.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi manakala, naib juara wang tunai RM25,000.
Tempat ketiga RM10,000 dan tempat keempat RM5,000. Masing-masing turut membawa pulang trofi.
Dihoskan oleh Ajak dan Shahrul Shiro serta Seri Dewi Panggung, Erra Fazira, program itu bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (125).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gabungan unik antara muzik rock, hip hop, reggae dan ska bakal bersatu di dalam satu konsert apabila Ella bersama tujuh lagi band terkemuka tempatan bakal menghangatkan Konsert Haus Boom Music 2019 pada 10 November depan.
Bakal mengambil tempat di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Ratu rock bersama barisan band terkenal seperti Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang itu bakal menghiburkan penonton bermula dari 4 petang sehingga 10 malam.
Penganjurnya, Azri Zahier Azmi menjelaskan, konsert berskala besar yang julung kali diadakan itu diharapkan dapat menarik seramai mungkin pencinta muzik lokal terutama golongan muda untuk sama-sama meraikan genre muzik pelbagai dalam satu persembahan itu.
“Hampir setiap tahun kami menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah.
“Apa yang pasti, gabungan ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai selepas kami mengambil kira setiap maklum balas peminat dan pencipta muzik yang menginginkan artis kegemaran mereka bersatu di atas satu pentas.
“Pihak kami teruja apabila gabungan ini dapat disatukan. Kami percaya konsert ini akan mencetuskan fenomena tersendiri sekali gus mencatat sejarah indah dalam diri setiap penonton yang hadir nanti.
“Justeru pihak kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir dan menyokong industri seni muzik tempatan. Siapa lagi akan menyokong bakat seni tempatan jika bukan rakyat Malaysia sendiri,” katanya yang membayangkan konsert yang tidak mengenakan caj bayaran masuk mahal itu mampu menarik lebih 7000 penonton.
Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone) dan tiket akan dibuka untuk jualan hanya melalui aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menurut penyanyi berusia 19 tahun ini, hubungan perkenalan bersama Shalma hanya sekadar teman rapat.
“Sebenarnya saya dengan Shalma ni kami memang rapat dan saling kenal mengenali.
Baru-baru ini dia patah kaki jadi saya selagi boleh macam hiburkan dia buat dia rasa okey.
“Kadang-kadang bawa dia keluar pergi makan malam jumpa kawan-kawan saya, pergi Big Stage jadi tak ada lah dia macam rasa sepi sangat.
“Kaki dia patah di bahagian tumit dan mengambil masa yang lama untuk pulih jadi saya harap kita semua doakan yang terbaik buat dia, InsyaAllah.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini berkata hubungan dia bersama gadis tersebut semakin rapat apabila kerap luang masa bersama.
“Bagi saya peminat ni setengah orang cakap benda tu adalah risiko, janganlah buat itu ini dan sebagainya tapi saya percaya dengan peminat dan saya pun sayang mereka macam mana mereka sayangkan saya.
“Tanpa mereka saya tak akan berada dimana saya berada sekarang, Jadi bagi saya untuk kongsi YouTube content ke apa tu tak salah sebab kami hanya berkawan,” kongsi Ismail jujur.
Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini memaklumkan bahawa gadis tersebut telah diterima baik oleh keluarganya meski hanya berkawan rapat.
“Kita boleh berkawan dengan siapa sahaja kita nak berkawan dan Mama pun selesa dengan dia. Jadi bagi saya membuat YouTube content dengan dia bukan satu kesalahan.
“Saya rasa teruja sebab peminat saya pun teruja nak tengok video tu sebab kami jadi diri kami sendiri kat dalam video tu. Tak ada nak control itu ini jadi seronoklah.
“Semua kawan yang saya kenal saya nak restu daripada parents mereka, boleh tak saya nak kenal dengan anak puan atau anak pak cik sebab benda tu kadang-kadang kita tak tahu kalau mereka tak selesa dengan kita.
“Jadi kita pun akan jadi tak sedap hati dan tak nak benda-benda macam tu jadi,” katanya kepada MH.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...