Walaupun baru sahaja mengambil anak angkat Amena Aliff Syukri beberapa bulan yang lalu, namun seperti yang semua tahu, Datuk Seri Aliff Syukri ada memasang niat untuk mengambil anak angkat ke-2 selepas ini.

Jika sebelum ini Aliff ada berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen keputusannya mengambil anak angkat ke-2 dan sebuah video bertemu dengan ibu kandung kepada bayi yang bakal dijaganya itu, kini bayi tersebut telah selamat dilahirkan di sebuah hospital bersalin di Kota Damansara.

Ramai yg nak bagi sebenarya.. . . Bkn mudah utk mjaga amanah allah..Sebenarnya semenjak saya menjaga anak angkat saya Aminah @babyterlajaklaris ramai sangat orang yang ingin memberikan anak kepada saya tetapi sy menolakya dgn cara baik.. kerana terdapat kesulitan dan sy sndiri bz sbb dgn urusan bisnes, dan mina yg masih kecil.. . . . ttp kali ini..Sukar untuk saya menolak takdir hari ini kesian dan simpati sy menerima .. kami menerima wassup dr seorg wanita yg tidak Dikenali utk menyerahkan bby didalam kandungan..kami sepakat menerima baby yang bakal dilahirkan.. sy anggap anak angkat yang saya satu tanggugjawab untuk saya jaga sebaik mungkin tidak kisah siapa ibu dan bapa nya.. saya dan isteri sepakat untuk menerima kehadiran anak yang bakal dilahirkan.. . . Walapun ramai nitezen yg menyarankan sy stop mengambil anak anggkat kerana aminah masih kecil..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

IKLAN

Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh isteri Aliff melalui akaun instagram miliknya dengan kapsyen yang sungguh teruja.

Menurutnya lagi, bayi tersebut adalah bayi lelaki dan dirinya terlalu teruja dan meminta pengikutnya untuk doakan mereka sekeluarga dapat menjaga anak-anak ini sebaik yang mungkin.

IKLAN

IKLAN

Seperti biasa, walaupun pengkosian ini baru sahaja dimuat naik dalam masa dua jam, ia telah mendapat perhatian ramai sehinggakan isteri kepada pengasas kosmetik ini dihujani dengan ucapan tahniah dan ramai juga memuji tindakan murni pasangan ini yang sentiasa membela bayi kecil seperti ini.

TAHNIAH! Datuk Seri Aliff Syukri Kini Bergelar Bapa Sekali Lagi… TAHNIAH! Datuk Seri Aliff Syukri Kini Bergelar Bapa Sekali Lagi… TAHNIAH! Datuk Seri Aliff Syukri Kini Bergelar Bapa Sekali Lagi…

Apapun MH harap dengan adanya dua bayi ini dalam keluarga Aliff Syukri, mereka sekeluarga akan lebih bahagia dan bergembira.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI