Tahniah! Anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona Berjaya Raih 7A,1B Dalam SPM!

Share

 

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejayaan tersebut membolehkan Leona meraih keputusan 7A,1B+.

“7As 1B+, I think I did okay,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata menitip ucapan tahniah buat remaja berkenaan.

Sementara itu, Leona yang memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram sering berkongsi foto dan videonya di media sosial tersebut.

Tahniah kami ucapkan kepada Leona dan pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM!

Foto : Instagram Kasih Iris Leona

IKLAN