Tahniah! Adik Syatilla, Syida Melvin Bakal Nikah 19 Januari Ini Dengan Anak Lelaki ‘Iron Lady Malaysia’

Share

Adik kepada pelakon, Syatilla iaitu Syida Melvin bakal mengakiri zaman bujang bersama lelaki pilihan hati, Mohamad Shafiq Azim Shaheen pada 19 Januari depan.

Sementara pada 26 Januari pula, Syida yang juga merupakan pendatang baru dalam dunia lakonan bakal mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Telah pun mengagihkan kad undangan ke majlis resepsi kepada rakan media terpilih, pelakon Dodol Untuk Menantu ini telah pun mengikat tali pertunangan bersama Shafiq pada 18 Jun tahun lalu.

Shafiq merupakan anak lelaki kepada Allahyarhamah Datuk Wira Dr.Maznah Hamid yang sinonim dengan jolokan ‘Iron Lady Malaysia’. Difahamkan, bakal imamnya merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Securiforce Sdn.Bhd.

Tahniah buat bakal mempelai dari MH!

Foto: Instagram Syida Melvin

IKLAN