Kalau dilihat, belakangan ini pelawak, Abam Bocey semakin rajin memuat naik fotonya di laman media sosial dengan #misimengecil.

Sebelum ini pun, Abam pernah berkongsi dengan MH bahawa dia kini sedang dalam proses mengamalkan gaya hidup sihat serta mengawal pengambilan makanannya.

Berikutan itu, perkongsian Abam baru-baru ini di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia berada di gim mendapat banyak respon positif daripada para peminat.

“Gemok is awesome!!!! #misimengecil #taksukabolehjalan #jangansibokhalorang #gemokisawesome #kitabaikramaisayang #teamfadzil #youcanloseweightfromhome #teamnickhinhussien,” tulisnya.

Menerusi pemerhatian MH di ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa Abam kelihatan sedikit susut daripada sebelum ini.

‘Tahniah Abam! Dah Kurus Sikit’- Followers Abam Teruja Tengok Abam Semakin Susut

IKLAN

‘Tahniah Abam! Dah Kurus Sikit’- Followers Abam Teruja Tengok Abam Semakin Susut

‘Tahniah Abam! Dah Kurus Sikit’- Followers Abam Teruja Tengok Abam Semakin Susut

Sementara itu, ada juga yang turut bersemangat untuk sama-sama menurunkan berat badan serta mengawal pemakanan supaya dapat ‘geng’ dengan Abam.

IKLAN

‘Tahniah Abam! Dah Kurus Sikit’- Followers Abam Teruja Tengok Abam Semakin Susut

‘Tahniah Abam! Dah Kurus Sikit’- Followers Abam Teruja Tengok Abam Semakin Susut

Terdahulu, Abam pernah berkongsi tips dia menjaga pemakanannya seperti berhenti makan sebelum jam 8 malam, mengurangkan makanan serta minuman manis.

IKLAN

Hasilnya, ukuran pinggangnya menyusut daripada saiz 56 ke 54. Selain itu, Abam juga merasakan badannya semakin ringan dan tidak semengah dahulu.

Pada MH, kuruskan badan ini bukan sebab nak cantik ke apa tapi lebih kepada mengamalkan gaya hidup sihat. Yalah kan, ubat-ubatan dan kos rawatan kini semakin mahal jadi kita haruslah jaga kesihatan kan?

Apa-apapun, MH ucapkan Goodluck kepada Abam dan di kesempatan lain, moga Abam dapat juga kongsi tips-tips berkesan untuk jaga pemakanan pada masa akan datang.

sumber: IG Abam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI