“Tahi Lalat Buang Kat Sg.Wang, Tapi Kedai Tu Dah Takde. Jangan Tanya…,” – Sharifah Shahirah

Share

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada memuat naik foto lamanya bersama suami, pelakon Ejoy Azhari bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka berdua Februari depan.

Meski masih lama namun bintang itu sengaja memuat naik foto mereka bagi mengelakkan lupa.

Foto penuh makna itu dikongsikan Shahirah menerusi Instagram. Bagaimanapun, kapsyen lucu yang ditulisnya lantas mendapat perhatian peminatnya.

“Happy anniversary…..blekk…..tapi bukan hari ni tahun depan bulan 2..ni sbb takut lupa.

“Hashtag tail lalat buang kat sg.wang..tapi kedai tu dah takde jgn tanya satu taik lalat 10 hinggit,” tulisnya.

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

IKLAN