Select Page
“Senang Nak Letak ‘Adik-Beradik’ Arryan Yang Lain Nanti,” – Joy Revfa Masuk Rumah Baru, Bagi Hint Ke?

“Senang Nak Letak ‘Adik-Beradik’ Arryan Yang Lain Nanti,” – Joy Revfa Masuk Rumah Baru, Bagi Hint Ke?

Usahawan kosmetik, Joy Revfa berkongsi dirinya memasuki rumah baru menerusi laman Instagramnya, hari ini.

Namun, MH tertarik dengan kapsyen foto itu yang seolah-olah memberi hint bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi ibu lagi.

“Alhamdulillah, akhirnya saya & Arryan berHIJRAH kesini. Skrg busy pemindahan masuk ke rumah baru.

 

“Rumah kami tak la besar mcm istana mcm orglain tapi cukup la utk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana.

 

“Lama dh kami berdua stay di condo yg berlif sebelum ni, letih dah berebut2 lif dgn org lain.

 

“Skrg baru ada kesempatan utk beli house landed sendiri. Senang nk bercucuk tanam kat halaman rumah.

 

“Rumah ni ada 7 bilik, senang nk letak ‘adik beradik’ Arryan yg lain nanti (haha letih laa nak beranak ramai lepas ni).

 

“Al maklum pesakit asthma mcm sisjoy ni kena dekat dgn pohon2 yg menyegarkan & udara bersih. Lagipun sini dekat dgn rumah kaklong saya, jd dia boleh tengok2 kan jugak.

 

“Utk decoration rumah ni, Ibunda saya adalah org yg bertanggungjawab mendeco & menghias rumah ni indah seperti Fairytale ibu saya mmg pakar interior, hebat melukis dan pandai mendeco, saya nk dlm rumah ni semua seni & karya dari ibunda tercinta.

 

“Walaupun ibu stay di rumah lain tapi ibu selalu dtg jenguk kami disini.. terima kasih ibu..

 

“Doakan semoga HIJRAH kami berdua disini menjadikan kehidupan kami lebih baik & bahagia hingga ke syurga Allah swt.. amin!

 

“Hari ni saya nk ucapkan juga Selamat Tahun Baru Islam, 1 Muharram 1440 Hijriah kepada semua kawan2 disini.

 

“Semoga kita semua mendapat Hidayah dan dimudahkan untuk ber HIJRAH menjadi lebih baik dari sebelum ini.. InshaALLAH, Amin,” tulisnya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, akhirnya saya & Arryan berHIJRAH kesini. Skrg busy pemindahan masuk ke rumah baru 🏡 Rumah kami tak la besar mcm istana mcm orglain tapi cukup la utk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana ☺️ . Lama dh kami berdua stay di condo yg berlif sebelum ni, letih dah berebut2 lif dgn orglain.. 😅 skrg baru ada kesempatan utk beli house landed sendiri. Senang nk bercucuk tanam kat halaman rumah. Rumah ni ada 7 bilik, senang nk letak ‘adik beradik’ Arryan yg lain nanti (haha letih laa nak beranak ramai lepas ni) 😂 Al maklum pesakit asthma mcm sisjoy ni kena dekat dgn pohon2 yg menyegarkan & udara bersih.. 🌳 Lagipun sini dekat dgn rumah kaklong saya, jd dia boleh tengok2 kan jugak.. ☺️ . . Utk decoration rumah ni, Ibunda saya adalah org yg bertanggungjawab mendeco & menghias rumah ni indah seperti Fairytale 😂 ibu saya mmg pakar interior, hebat melukis dan pandai mendeco, saya nk dlm rumah ni semua seni & karya dari ibunda tercinta 😍 walaupun ibu stay di rumah lain tapi ibu selalu dtg jenguk kami disini.. terima kasih ibu.. 😭 . Doakan semoga HIJRAH kami berdua disini menjadikan kehidupan kami lebih baik & bahagia hingga ke syurga Allah swt.. amin! . Hari ni saya nk ucapkan juga Selamat Tahun Baru Islam, 1 Muharram 1440 Hijriah kepada semua kawan2 disini. Semoga kita semua mendapat Hidayah dan dimudahkan untuk ber HIJRAH menjadi lebih baik dari sebelum ini.. InshaALLAH, Amin.. 🤲🏻

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Wow! Tahniah MH ucapkan buat Joy dan keluarga. Mungkin akan ada kenangan baru mereka di rumah baru nanti.

Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dengan penyanyi, Hafiz Hamidun Mei tahun lalu sebelum bercerai pada Oktober.

Joy yang mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu diijabkabulkan dengan Hafiz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.

Foto/Instagram: Joy Revfa

Joy Revfa Dedah Selebriti Antara Lelaki Paling Ramai Yang Cuba Mendekati Sejak Bergelar Janda, Terima Apa Adanya…

Joy Revfa Dedah Selebriti Antara Lelaki Paling Ramai Yang Cuba Mendekati Sejak Bergelar Janda, Terima Apa Adanya…

Tidak mahu mengingati konflik yang telah berlaku menerusi isu perkahwinannya yang terdahulu bersama penyanyi, Hafiz Hamidun sebelum ini, pengasas kosmetik Joy Revfa mengakui pada fasa sekarang kehidupannya lebih tenang dan tidak menafikan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.

Joy ditemui MH ketika menghadiri majlis pelancaran kosmetik juru solek terkenal, Datuk Alha Alfa di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Alhamdulillah kehidupan saya sekarang lebih tenang dan perancangan Allah itu sangat indah. Apa yang telah berlaku, saya lalui dengan tenang dan reda. Rezeki pun datang mencurah-curah dan pastinya saya bahagia apabila anak dan ibu sentiasa di sisi,” kongsi Joy yang turut memberitahu, dia akan lebih berhati-hati di dalam menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas ini.

Tambahnya, titik hitam yang menimpa dirinya membuatkannya fobia untuk berkahwin setelah mengenali dalam tempoh singkat dan sudah tentunya, pengalaman lalu banyak memberinya pengajaran.

“Saya tak boleh nak cakap serik, tetapi fobia. Tak boleh lagi kenal dan kahwin terus. Kena kenal lama dulu sebelum mengikat pada satu fasa serius. Ini sudah kali yang kedua dan untuk yang ketiga insyaAllah, Dia sudah susun jodoh yang terbaik untuk saya,” kongsi Joy.

Diusik dengan pertanyaan gerangan mana lelaki yang paling ramai cuba mendekati usahawan ini, Jop mendedahkan golongan selebriti merupakan individu paling ramai mahu mengenali dirinya.

“Adalah yang cuba mendekati tu, tapi belum terbuka hati. Selebriti paling ramai, tapi tak boleh bagitahu siapa. Kalau Allah jodohkan saya dengan selebriti pun saya okay saja tetapi kalau orang biasa pun saya terima apa adanya,” akhiri Joy jujur. 

Foto: Instagram Joy Revfa

Ikuti temu bual bersama Jpy Revfa menerusi FB Live MH.

Kata Joy, dia sudah melupakan kes melibatkan perkahwinannya yang berakhir bersama Hafiz Hamidun.

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 12 May 2018

 

 

Konsep Produk Ala-ala Fairytale Tahyul Dan Fantasi, Joy Revfa Tak Kisah Apa Orang Nak Kata

Konsep Produk Ala-ala Fairytale Tahyul Dan Fantasi, Joy Revfa Tak Kisah Apa Orang Nak Kata

Kadang-kadang dalam hidup ni memang ada sahaja yang kita lakukan akan dikritik oleh orang sekeliling. Dah lah tak bantu apa-apa tapi hanya pandai mengkritik sahaja tanpa mengetahui kepayahan yang harus dilalui oleh seseorang itu untuk melakukan sesuatu.

Semalam menerusi akaun Instagram milik pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa, dia ada meluahkan isi hatinya yang tidak kisah dengan kata-kata sindiran daripada segelintir netizen tentang produk kecantikannya.

“Saya tak kisah pun orang nk kata produk saya berkonsepkan ala2 Fairytale ni adalah Tahyul & Fantasi sgt. Terkadang ada yg konon2 tergelak bila melihat packaging produk MERVE ala2 remaja/budak2.

 

“Yg tergelak sindir tu, ada bantu atau memberi sumbangan sesama wanita ke..? 🧐 Gelak lah dik non puas2 yer.. Yg penting, produk yg saya hasilkan sejak tahun 2015 lg ni dah banyak memberi manfaat pd ramai wanita-wanita di luar sana malah membantu pendapatan mereka setiap bulan..

“Tapi kena hati2 packging produk saya ni selalu nya ibu ibu akan menghadapi situasi dimana akan berebut dgn anak2 dara dorg kat rumah, sbb anak2 pompuan pun terpikat jugak.. jadi kena lah beli lebih.. 😂😅 #kauhado #mervecosmetic,” tulis Joy.

Nampaknya ramai pengikut Joy di Instagram yang mempertahankan konsep fairytale ini.

norfadlynn: Itulh Identity sendiri..sy sgt bangga melihat wanita berjaya spt awk @joyrevfa . I adore you so much.

miniyanosss: Sye suka fairytale…biar je kak diorang nak kata apa….jgn kesahh

sarahbais83: Sya suka tgk packaging ala2 fairytale. .more to pastel color. .unik. .cantik. .comel. .yg penting hrga mmpu milik

MH juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh Joy. Tak perlu kisah dengan apa yang orang hendak katakan kepada kita kerana hasil usaha kita bukan atas bantuan dari mereka.

Semoga perniagaan Joy lebih maju jaya di masa akan datang.

Sumber: Instagram Joy Revfa

 ‘Lagu Dah Siap, Tinggal Nyanyi Tapi Saya Belum Bersedia’ Joy Revfa Akui Dapat Tawaran Menyanyi Dari Indonesia

 ‘Lagu Dah Siap, Tinggal Nyanyi Tapi Saya Belum Bersedia’ Joy Revfa Akui Dapat Tawaran Menyanyi Dari Indonesia

Nama pengasas kosmetik, Joy Revfa pernah dihimpit kontroversi paling hangat di Malaysia satu ketika dahulu berikutan perkahwinannya dengan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Kini, bangkit dari kisah dahulu, Joy hanya memandang ke hadapan dan menganggap peristiwa tersebut merupakan asam garam kehidupan.

“Kita dah tak berhubung dah lepas kes di mahkamah dan saya pun tidak simpan apa-apa dendam kepadanya.

“Ramai wartawan tanya sama ada akan cari pengganti ke tak, buat masa ini memang ramai yang nak berkawan tapi untuk mencari yang lebih serius, tidaklah.

“Saya lebih banyak luahkan rasa cinta pada syarikat, anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi AliffbySha V Five Inspired Women & Romah Makan Terlajak Laris.

MH lihat Joy juga tenang saat diajukan pertanyaan mengenai Hafiz, kelihatan dia sememangnya wanita yang tabah walaupun sering menerima kecaman daripada netizen.

Dalam pada itu, Joy juga turut berkongsi lamaran yang diterima untuk menyanyi oleh produksi dari negara seberang.

“Ada juga terima tawaran berlakon, menyanyi tapi dari Indonesia, lagu pun dah siap tinggal nak menyanyi je tapi saya rasa belum bersedia. Suara pun tak sedap.

“Bagaimanapun, kalau nak cuba menyanyi pun biarlah lagu yang beri inspirasi pada kaum wanita,” ujarnya.

Baguslah Joy, bagi MH, biarlah orang kecam ke apa kan janji diri sendiri berjaya dalam bidang yang diceburi.

‘Kan Ibu SuperHero Arryan’ – Joy Revfa Touching Dengar Pick Up Line Anak

‘Kan Ibu SuperHero Arryan’ – Joy Revfa Touching Dengar Pick Up Line Anak

Sayu hati si ibu bila mendengarkan kata dari seorang anak yang menyifatkan ibunya sebagai seorang adiwira dalam hidupnya.

Itulah yang dirasakan oleh pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa yang berkongsi rasa hatinya tersentuh dengan pick up lines yang diberikan oleh anaknya, Arryan di Instagram.

“Arryan tak nak SuperHero lagi, ibu…”

 

“Kenapa? Nanti ibu belikan SuperHero Arryan..”

 

“Arryan tak nak..! Kan ibu SuperHero Arryan..”

 

“😭😭😭😭 Touching lak ibu dengar.. Pandai tak Arryan main Pickupline utk ibu..? nk suh bodek beli apa tah.. 😅ni mesti maklong dier ajar ni..,” tulis Joy menerusi ruangan kapsyen.

MH yang membaca perkongsian Joy ini juga turut tersentuh hati kerana anak sekecil ini sudah mampu untuk menilai kasih sayang seorang ibu terhadap dirinya.

Rata-rata pengikut Joy juga turut merasakan perkara yang sama dan meninggalkan komen-komen positif buat si cilik untuk sentiasa menjadi anak yang soleh buat ibunya.

azi_shaq: Pandai arryannnn anak soleh jaga ibu nanti

miss_qowiy_lovely: Subhanallah ensem nyee ustaz ayan . tgklaaa pakaian tuu da nmpk mcm org bsr hhi matang aih . ibu cantik anak soleh nyee pn ensem comel putih masyaaAllah . akk sy doakan smge akk n fmly d permudahkan urusan dnia akhirat aamiin allahumma aamiin . nnt akk pos la byk² pic ayan or vdeo sy mnt sgt dgn anak akak ayan n akak @joyrevfa jgk . ☺ alhamdulillah . smge akk mnjd bidadari syurge kelak aamiin. . i love u kak.

qaseehcahaya_goldz: Touching sesangat…moga aryan sentiasa utamakn ibu selepas Allah dn rasul…aammmiinnn😢😢

MH doakan agar Arryan membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi anak yang soleh dan mendengar kata ibu dan bapanya serta menjadi insan yang berguna bila sudah dewasa kelak.

Sumber: Instagram Joy Revfa

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: