Uncategorized

Taeyang, Big Bang Umum Kahwini Teman Wanita, Hyo Rin

Share

Wah nampaknya hubungan cinta yang dibina antara dua selebriti Korea Selatan sejak dari tahun 2015 ini semakin utuh apabila Taeyang, anggota Big Bang sendiri telah mengumumkan dia bakal mengahwini teman wanitanya, Min Hyo Rin.

Menurut sumber, pasangan tersebut merancang untuk berkahwin pada Februari 2018 dan kini sedang rancak membuat persiapan bersama.

Mereka juga dikatakan ingin melangsungkan perkahwinan sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan. 

Selebriti itu juga berkongsi berita gembira dengan memuatnaik gambar beliau dan Hyo Rin yang merupakan seorang pelakon di akaun Instagram miliknya bersama kapsyen memohon restu dan berterima kasih kepada peminat mereka.

“Hello everyone, this is Taeyang. Today, I want to share with you guys about the most important and joyful promise I have made in my life. I have pledged to spend the rest of my life with Min Hyorin, the one who has always stuck by me for the past four years.

 

 

“Through all the good times and the bad times, she has always believed in me and now I look forward to making a beautiful life together. To all the fans who always treated me as if I was family, to all of my Big Bang members, to all of my YG family, to everyone I’ve ever had the pleasure to work with and meet, I want to say THANK YOU.

 

 

“I will continue to live my life with responsibility and humility. My hope is that you will continue to support us and give your blessings for our future ahead as a couple.” tulisnya di laman tersebut.

Ruangan komen di Instagram Taeyang dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 8.2 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen mengucapkan tahniah.

Perkongsian itu juga telah menerima lebih daripada 1.3 juta likes. Rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa gembira buat penyanyi itu.

Terdahulu, mereka mula bercinta selepas bertemu pada tahun 2013 ketika menjalani rakaman muzik Taeyang iaitu lagu Eyes, Nose, Lips.

Jom #MHBelanjaVideo klip Eyes, Nose, Lips untuk korang. 107 juta tontonan di Youtube guys! Taeyang juga mendedahkan lagu tersebut adalah mengenai teman wanitanya. Oh so sweet!

IKLAN