Nampaknya isu seorang remaja berusia 15 tahun mati di sebuah pangsapuri menjadi perbualan hangat di media sosial.

Lebih ‘hangat’ apabila punca kematiannya itu boleh dikategorikan dari sikap jelik sesetengah masyarakat yang tidak bermoral.

Rasanya dari dahulu lagi kesedaran untuk tidak membuang atau membaling sampah dari tingkat atas telah dititik beratkan oleh kerajaan melalui iklan-iklan televisyen mahupun risalah.

Namun, walaupun kini sudah memasuki tahun 2018 kesedaran itu seakan masih tidak wujud dikalangan sesetengah penduduk kawasan pangsapuri apabila masih mengamalkan tabiat membaling sampah ke bawah.

IKLAN
Tabiat Jelik Orang Pangsapuri, Baling ‘Sampah’ Dari Tingkat Atas, Si Ibu Terpaksa Tadah Otak Anak!
Sekadar gambar hiasan

Malang memang tidak berbau, itulah yang berlaku kepada seorang remaja,S.Sathiwaran apabila terkena kerusi buruk yang dibaling oleh penduduk di kawasan tersebut dari tingkat atas di Flat Projek Perumahan Rakyat, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Pelajar tingkatan 3 yang tidak bersalah itu mati ditempat kejadian. Malah lebih memilukan kejadian telah berlaku di hadapan ibunya yang sedang berjalan menemaninya pulang dari membeli barangan keperluan dapur.

Melalui temu bual bersama portal Remaja, Ibu mangsa yang dikenali sebagai Kasthuribai A/P M. Sattayappan, 45 tahun dia dan mangsa telah turun ke bawah flat untuk membeli kad tambah nilai namun apabila apa yang dihajati tiada dia segera mendekati ibunya berhadapan dengan lif.

IKLAN

Tanpa diduga kerusi berwarna biru telah melayang dipercayai dari tingkat 21 terus menghempap kepala anaknya sehingga terbelah.

Tabiat Jelik Orang Pangsapuri, Baling ‘Sampah’ Dari Tingkat Atas, Si Ibu Terpaksa Tadah Otak Anak!

IKLAN

“Ketika itulah otak terburai. Saya tadah dengan kedua tangan. Anak memandang muka saya tepat tetapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong.

Menyedari kisah ini, YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai turut turun padang dan berjumpa sendiri dengan keluarga mangsa.

Tabiat Jelik Orang Pangsapuri, Baling ‘Sampah’ Dari Tingkat Atas, Si Ibu Terpaksa Tadah Otak Anak!

Tabiat Jelik Orang Pangsapuri, Baling ‘Sampah’ Dari Tingkat Atas, Si Ibu Terpaksa Tadah Otak Anak!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI