“Syurgaku, Dunia Akhiratku,” – Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia

Share

Penyanyi terkenal, Kaka Azraff berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

“Dukacita dimaklumkan ibunda tercinta Redida binti Aziz telah kembali ke rahmatullah (meninggal dunia),” tulisnya.

Memetik hantaran yang dikongsikan di laman Instagram Hlive, ibu kepada Kaka dikhbarkan meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Sementara itu, anak buah kepada penyanyi senior, Ella ini juga sempat berkongsi fotonya memegang tangan ibunya sewaktu menerima rawatan di hospital pada Sabtu.

“Syurgaku, dunia akhiratku,” tulisnya.

Apapun, kami di MH mendoakan semoga Kakak dan seluruh ahli keluarganya diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar.

Semoga Allahyarham ibu Kaka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Kaka Azraff

IKLAN