“Syurga Tempat Kamu Sayang,” – Beberapa Bulan Bertarung Nyawa, Akhirnya Anak Ali Puteh Meninggal Dunia

Share

Pelawak, Ali Puteh memaklumkan bahawa anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah meninggal dunia sebantar tadi.

Perkara itu dikongsikan Ali menerusi Intagramnya.

“Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini.

“Tggu walid dan ibu disana…Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar,” tulisnya.

Sebelum ini, Ainul yang berusia tiga bulan dilapor mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.

Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia, dua tahun.

Kami di MH turut mengucap takziah buat Ali sekeluarga. Al-fatihah buat adik Ainul.

Foto : Instagram Ali Puteh

IKLAN