Syura Timang Bayi Selepas 12 Tahun, Muhammad Umar Eussof Nama Diberi

Share

Penyanyi Syura Badron, 37, selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor pada jam 9.01 malam Isnin.

Berita gembira itu dikongsikan suami penyanyi itu, Muhammad Farizat menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah, pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kg secara normal pada pukul 9.01 malam.

“Teirma kasih di atas segala doa yang tak henti daripada semua, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang (Syura) untuk anugerah terindah ini.

“Assalamualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam posting tersebut, Farizat turut memuat naik sebuah video, berkongsi bahagian kaki dan tangan bayi tanpa mendedahkan wajah puteranya.

Syura dan Farizat, 29, mendirikan rumah tangga pada 22 Januari tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua penyanyi tersebut.

Menerusi hasil perkahwinan terdahulu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14, Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN