“Syukur Sangat Sebab Membantu Tapi…,”- Bantu Isteri Buat Kerja Rumah, Cara Shuib Sidai Kain Jemuran Buat Ramai Pecah Perut

Share

Penyanyi, Siti Sarah ada berkongsi video di Instagram memaparkan suaminya, Shuib Sepahtu ada membantunya untuk menyidai pakaian di jemuran.

Menurut Sarah, dia amat bersyukur dengan bantuan tersebut namum agak terkejut melihat kaedah yang digunakan oleh suaminya itu.

“Bila suami jemur kain, syukur sangat-sangat sebab membantu.

“Tapi bunga rosaklah,” tulisnya.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan Shuib bukan sahaja menjemur kain di ampaian, malah dia turut meletak pakaian tersebut di atas pokok-pokok bunga kepunyaan Sarah di balkoni rumahnya.

Entri berkenaan ternyata menarik perhatian umum selepas meraih lebih 300,000 tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah pasangat tersebut malah turut memuji Shuib yang ringan tulang membantu isterinya itu melakukan kerja rumah.

Sumber: Instagram Siti Sarah

IKLAN